icon-search

Gaya Pemakanan yang Sihat

Gaya Pemakanan yang Sihat

Semua orang pasti menginginkan berat badan yang ideal bukan? Agaknya, bagaimana cara untuk kita mendapatkan berat badan yang ideal ya? Jom sama-sama kita rungkai satu per satu.

1. Sediakan sendiri bahan makanan anda

Memasak sendiri makanan anda boleh membantu anda meneliti dengan lebih baik apa yang masuk dalam perut anda.

Hal ini kerana memandangkan bahan-bahannya disediakan oleh anda sendiri, tentunya anda sedar bahan apa sebenarnya yang anda masukkan dalam masakan.

Anda akan makan kalori yang lebih sedikit dan akan berjaya mengelakkan bahan perasa kimia, gula tambahan dan juga lemak tidak sihat  yang biasanya terdapat dalam bahan makanan berpaket dan makanan yang diawet

Bahan makanan berpaket dan diawet sewajarnya dijauhi kerana ianya dapat menyebabkan anda mengalami keletihan, perut menjadi buncit, kegatalan, sistem depresi yang semakin memburuk dan juga kebimbangan melampau.

Jadi, tidak dinafikan lagi dengan memasak sendiri bahan makanan anda, anda dapat mengelakkan kesan-kesan negatif ini.

Tentunya kualiti hidup anda akan berubah menjadi lebih baik.

2. Lakukan perubahan yang betul

Apabila anda ingin mengurangkan makanan tidak sihat dalam diet anda, sangatlah penting untuk anda menggantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih sihat.

Anda bolehlah menggantikan lemak tidak tepu dengan lemak yang lebih sihat.

Contohnya seperti menukar dari makan ayam goreng kepada ikan salmon yang dibakar atau panggang semestinya dapat memberi kesan yang lebih positif kepada kesihatan tubuh badan anda.

3. Baca label 

Membaca label merupakan langkah yang mesti dilakukan. 

Sangatlah penting untuk kita sedar kandungan bahan dalam makanan kita.

Ini kerana pengilang biasanya akan menyembunyikan sejumlah besar gula ataupun lemak tidak sihat dalam makanan segera. 

Walaupun makanan tersebut dijamin menyihatkan, anda mestilah sentiasa berwaspada.

Jangan lupa baca kandungan label sebelum membeli bahan makanan yang anda inginkan.

4. Fokus pada perasaan anda selepas makan

Setiap kali anda selesai makan, cuba perhatikan apa yang anda rasa.

Adakah anda rasa mudah penat? Ataupun cepat mengantuk?

Dengan melakukan langkah ini, akan akan dapat menyesuaikan diri dengan amalan pemakanan baru yang lebih sihat.

Semakin sihat makanan yang anda ambil, anda akan rasa lebih baik.

Semakin banyak makanan ringan yang anda makan, semakin anda rasa tidak selesa, pening dan kekurangan tenaga walaupun sudah makan dengan jumlah yang banyak. 

Anda tentunya dapat mengenal perubahan tersebut dan bandingkan kesan yang dapat anda rasa supaya anda dapat memilih dengan lebih mudah apa yang terbaik untuk anda.

5. Minum banyak air.

Ramai sedia tahu bahawa pengambilan air putih sangatlah penting untuk mendapatkan badan yang sihat.

Air putih dapat membantu menyucikan dan meneutralkan toksin dalam badan.

Sayangnya, ramai dari kita tidak mengamalkan pengambilan air yang mencukupi dengan keperluan badan untuk aktiviti sehari-hari.

Kesannya kita menjadi letih, kurang bertenaga, dan sakit kepala.

Dengan mengekalkan tabiat minum air mencukupi sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari, badan dan fikiran anda akan dapat berfungsi dengan lebih baik.

Ianya juga dapat mengekalkan kelembapan yang diperlukan oleh tubuh anda.

Jadi, akan lebih mudah untuk anda menentukan pilihan makanan yang lebih sihat.


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Lily Handsock

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber: 

https://neuroversiti.com/5-tips-mudah-amalkan-pemakanan-sihat/
https://siraplimau.com/kaedah-dan-panduan-mendidik-termasuk-memukul-anak-cara-islam/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping