icon-search

Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Bakal Pengantin

Sekarang ni kalau kita tengok ramai orang yang upload gambar perkahwinan mereka yang baru-baru diadakan betul tak? Kawan-kawan terdekat pun mesti ada yang bakal mendirikan rumah tangga, Kita pula bakal menghadiri jemputan perkahwinan tersebut. Takkan kita nak datang dengan tangan kosong je betul tak? Selain daripada memberi salam keruk, kita juga boleh membawa hadiah buat pengantin yang akan menduduki rumahnya sendiri, pasti rumahnya belum lengkap dengan beberapa peralatan. Jadi saya akan kongsikan beberapa hadiah yang menarik dan sesuai diberikan kepada pasangan pengantin baru.

1. Peralatan Elektronik

Pengantin mana tak gembira kalau dapat barang elektronik kan? Dengan harga barang yang mahal mungkin terus hilang penat pengantin.

Kalau dulu, orang ramai suka bagi pembakar roti, blender dan hand mixer. Tapi sekarang ni dah modern. Banyak peralatan elektrik yang unik bahkan mampu milik lagi. Jadi antara barang elektronik yang boleh dijadikan hadiah kahwin adalah:

  • Vakum wireless
  • Waffle maker
  • Pengisar jus buah-buahan
  • Coffee maker
  • Water Dispenser

2. Perkakas Dapur

Kalau nak dapur berasap lepas kahwin mestilah kena persiapkan perkakas untuk memasak kan?

Jadi apa salahnya kalau kita hadiahkan sekali dengan alatan memasak. Walaupun bunyinya tidak berapa unik tapi zaman sekarang ni macam-macam rekaan tau kuali, periuk dan segala macam jenis senduk.

Buka sahaja laman membeli-belah online, macam-macam jenis perkakas dapur kita boleh jumpa. Nak yang warna-warni pun ada tau. Barulah nampak eksklusif.

Kalau anda dengan rakan-rakan yang lain bersetuju untuk kongsi duit. Boleh lah beli perkakas dapur dan berjenama mewah macam Vantage ataupun Corelle. Mesti teruja pengantin nanti.

3. Hamper Makanan

Nak hadiah unik kan? Haa yang ini memang paling unik punya!

Apa kata kita bagi hamper makanan pula. Bukan hamper macam zaman hari sukan sekolah dulu. Kali ini kita beri kelainan dan biar bersesuaian dengan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Untuk hadiah hamper makanan ini, anda boleh beri bahan masakan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk digunakan pada masa akan datang. Berikut adalah beberapa idea hamper makanan yang boleh diberikan kepada pengantin;

  • Rempah ratus
  • Produk tin; susu, laici, sardin
  • Kicap, sos cili, sos tiram
  • Beras, tepung, gula
  • Kopi dan teh

Haa walaupun nampak macam bantuan mangsa banjir, tapi tak salah pun. Barulah unik kan! Yang penting berilah produk yang ada jenama. Balut hadiah ni pun cantik-cantik tau.

4. Hadiah Kahwin Hiasan Rumah

Settle bahagian dapur. Ini pula idea hadiah kahwin yang bukan sahaja unik malah istimewa. Kalau dapat hadiah hiasan rumah ni memang senyum lebar pengantin. 

Antara hiasan rumah customize yang popular sekarang adalah;

  • Pokok palsu
  • Lampu hiasan
  • Jam dinding

5. Alatan Senaman

Naik berat lepas kahwin ni memang sinonim lah kan. Ada sahaja orang yang akan mengusik pasangan pengantin. Katanya “lepas kahwin nanti naiklah berat badan tu!”

Jadi kalau anda rakan yang prihatin, hadiakan mereka alatan bersenam. Tidak perlu mesin-mesin yang mahal macam dekat gym tu. Cukup dengan alatan-alatan yang boleh digunakan untuk bersenam di rumah. 

Berikut merupakan beberapa idea alatan bersenam yang sesuai dijadiikan hadiah;

  • Dumbbell
  • Tali Skipping
  • Tikar Yoga
  • Bola Yoga
  • Alatan sukan: Racket Badminton

6. Bahan Bacaan Sebagai Hadiah Kahwin

Membaca itu jambatan ilmu. Jadi tak salah kalau lepas kahwin ni kita banyakkan membaca betul tak?

“Nak bagi buku apa untuk orang baru kahwin?”

Sebenarnya buku apa-apa pun sesuai, janji pengisiannya bermanfaat. Mungkin ini antara buku yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan yang baru berkahwin;

  • Fiqh Perkahwinan
  • Majalah Keluarga
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Panduan Perkahwinan
  • Nama-nama Anak

7. Barang Kelengkapan Bilik

Haa jangan lupa ada satu lagi hadiah unik yang anda boleh pertimbangkan. Ya! Barang kelengkapan bilik tidur.

Barang-barang untuk bilik tidur ni berguna tau. Mungkin kalau dapat banyak, boleh digunakan untuk bilik-bilik lain selain bilik pengantin. Yang penting memang sesuai dan berbaloi.

Ini 5 idea kelengkapan bilik yang boleh dijadikan hadiah;

  • Karpet
  • Set cadar
  • Langsir
  • Bantal
  • Barang ibadah seperti sejadah dan rehal

8. Perabot

Bila dah lengkap peralatan dalam rumah, mesti kita nak ada tempat letak barang-barang semua ni kan. Oleh itu, Belikan perabot pun banyak manfaat tau.

Jangan fikir kalau perabot tu nak kena beli sofa ataupun meja makan. Di IKEA contohnya, banyak je perabot seperti rak yang mampu bilik. Boleh DIY lagi.

Antara perabot yang paling berguna adalah seperti berikut;

  • Rak buku
  • Rak kasut
  • Rak serbaguna
  • Meja kopi
  • Kerusi bean bag

9. Pakej Percutian

Ya yang ini memang special. Selalu bagi hadiah dalam bentuk fizikal. Tapi kali ini kita raikan hari kebahagiaan mereka dengan menaja trip honeymoon!

Kalau ada yang bimbang pasal harga tu jangan risau lah. Sekarang ini, bercuti dalam negara pun seronok tau. Banyak tempat kita boleh terokai.

Sebagai contoh jika anda ingin menghadiahkan pakej percutian ke Pulau Perhentian. Untuk 3 hari 2 malam boleh dapat bawah RM500 tau! Murah je. Jimat duit pengantin nak fikir untuk honeymoon mereka nanti. 

10. Set Stokin SOCAZ

Dengan hanya bermodalkan kurang dari RM140 juga dapat memberikan hadiah yang boleh membuat pasangan pengantin tersenyum. Untuk pengantin lelaki boleh diberikan Set Every Day atau Black Edition yang terdapat 6 pasang stokin lelaki. Jika ingin memberi hadiah kepada pengantin perempuan pula, boleh dapatkan Set Mahabbah atau pelbagai lagi set yang menarik antaranya 

  • Set Soka Alien (Mempunyai pelbagai pilihan)
  • Set Soka Original (Mempunyai pelbagai pilihan)
  • Set Humaira
  • Set Zafirah

Jadi dengan adanya stokin ini dapat memudahkan pengantin baru untuk keluar berjalan-jalan atau boleh juga dipakai ketika pergi ke tempat kerja.   


Semoga bermanfaat.

WOW! SOCAZ ada buat PAYDAY SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Calista
  • Stokin Season
  • Stokin Henna
  • Handsock Aaisya

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://www.diyprintingsupply.com/mblog/10-idea-hadiah-kahwin-yang-unik-dan-rare-untuk-pengantin/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping