icon-search

Ketahui Punca Rambut Gugur

Ketahui Punca Rambut Gugur

Keguguran rambut yang terjadi pada kita sekarang mempunyai pelbagai faktor yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku. Keguguran rambut ini kebiasaannya berlaku kepada mereka yang berada di usia remaja, dewasa sehingga ke warga emas. Mengapa perkara sedemikian berlaku? Jom kita rungkai satu persatu.

1. Tekanan fizikal

Sebarang jenis pembedahan trauma fizikal, kemalangan kereta, atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara. Ini boleh menyebabkan sejenis keguguran rambut yang dipanggil telogen effluvium.

2. Tekanan emosi

Tekanan emosi kurang berkemungkinan menyebabkan keguguran rambut berbanding daripada tekanan fizikal, tetapi ia masih boleh berlaku.  

3. Kehamilan

Kehamilan adalah satu contoh jenis tekanan fizikal yang boleh menyebabkan keguguran rambut (selain hormon). Kehilangan rambut yang berkaitan dengan kehamilan dilihat lebih ketara selepas bayi anda dilahirkan berbanding daripada semasa kehamilan. 

4. Terlalu banyak vitamin A

Suplemen atau ubat Vitamin A yang berlebihan boleh mencetuskan keguguran rambut. Jika pengambilan vitamin A yang berlebihan terhenti, rambut akan tumbuh kembali secara normal. 

5. Kekurangan kandungan protein

Jika anda tidak mendapat protein yang cukup dalam dirt anda, tubuh anda akan mencatu protein yang berbaki dengan menghentikan pertumbuhan rambut. 

6. Pola kebotakan lelaki

Kira-kira dua daripada tiga lelaki mengalami keguguran rambut pada umur 60 tahun, dan kebanyakannya disebabkan oleh pola kebotakan lelaki.

Punca rambut gugur lelaki ini berlaku disebabkan oleh gabungan gen dan hormon lelaki.

7. Keturunan

Pola keguguran rambut wanita, yang dipanggil androgenetic atau androgenetic alopecia, adalah pola kebotakan lelaki versi wanita.

Kebotakan dialami wanita pada rambut mereka yang gugur mungkin melebar dan mereka mungkin mempunyai penipisan rambut yang ketara.

8. Hormon wanita

Perubahan dalam keseimbangan hormon yang berlaku semasa menopause dan pengambilan pil kawalan kelahiran mungkin juga menjadi punca rambut gugur.

Anda lebih cenderung untuk mengalami kesan sampingan daripada pil ini sekiranya mempunyai sejarah keluarga keguguran rambut.

9. Sindrom ovarium polikistik (PCOS) 

PCOS adalah ketidakseimbangan hormon seks lelaki dan wanita. PCOS meningkatkan risiko wanita diabetes, kemandulan dan penipisan rambut.

10. Anemia 

Hampir satu dalam setiap 10 orang wanita yang berumur 20 hingga 49 tahun mengalami anemia akibat kekurangan zat besi (jenis anemia yang paling biasa), yang merupakan penyebab mudah kehilangan rambut. 

Lebihan hormon lelaki juga boleh menyebabkan lebih banyak rambut di badan dan muka bersama-sama dengan penipisan rambut pada kulit kepala.



Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Lily Handsock

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Kredit:

https://hellodoktor.com/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping