icon-search

Khasiat minyak kelapa dara untuk lelaki

Khasiat minyak kelapa dara untuk lelaki

Penggunaan minyak kelapa dara dalam membantu meningkatkan kesihatan seringkali dibincangkan apabila semakin banyak penyelidikan saintifik dilakukan. Bermula sebagai petua kesihatan tradisi, manfaat kesihatan minyak kelapa dara semakin diterima oleh masyarakat apabila banyak saintis membuktikan kelebihan penggunaan minyak kelapa dara ini. 

Secara umumnya, kandungan asid laurik dalam minyak kelapa dara akan menyebabkan minyak kelapa dara ini diserao secara terus ke dalam sel darah. Maka, hal ini dapat mencegah pengumpulan lemak dalam minyak pada saluran darah. Hal ini turut menangkus dakwaan bahawa disebabkan minyak kelapa dara mengandungi lemak tepu, maka minyak kelapa dara boleh mengakibatkan masalah kardiovaskular dan saluran darah tersumbat. 

Selain itu, kandungan sebatian kimia dalam minyak kelapa dara iaitu flavonoid dan polifenol boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang jika tidak dikawal boleh menjadi punca berlakunya penyakit yang berbahaya seperti kanser dan sakit jantung.

1. Komposisi Minyak Kelapa Dara

Analisis tersebut menunjukkan bahawa dalam satu sudu teh besar minyak kelapa dara (kira-kira 13 gram), terdapat 12 gram lemak (11.2 gram lemak tepu, 0.7 gram lemak mono tidak tepu. Asid lemak utama dalam minyak kelapa dara ialah asid laurik, miristik dan palmitik. 

2. Mengurangkan Tekanan Oksidatif dan Profil Lipid

Tekanan oksidatif merupakan ketidakseimbangan antara antioksidan dan radikal bebas yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit berbahaya. Keadaan ini banyak ditemui dalam kalangan lelaku berbanding wanita. Kajian lepas menilai profil lipid dan tekanan oksidatif dalam kalangan lelaki berusia 35 - 65 tahun menunjukkan perubahan dari segi kandungan antioksidan dalam kumpulan yang mengambil minyak kelapa dara. Namun, kesimpulan penuh berkenaan manfaat minyak kelapa dara ini perlu diteroka dengan lebih luas apabila potensinya dilihat dengan memberangsangkan.

3. Mengurangkan Masalah Obesiti

Kajian terhadap subjek berumur antara 20 - 40 tahun yang mengambil sekurang-kurangnya 30 ml minyak kelapa dara setiap hari, menunjukkan penurunan indeks jisim badan (BMI) yang signifikan dengan pengurangan jelas pada ukur lilit pinggang. Kandungan kolestrol dalam badan juga didapati semakin seimbang.

Kajian tersebut juga menyarankan pengambilan minyak kelapa dara ini 30 minit sebelum makan. Menariknya, pemerhatian pengurangan berat badan ini hanya dilihat dalam kalangan subjek lelaki sahaja.

4. Menurunkan Kandungan Lemak dalam Darah

Sekumpulan penyelidik dari UK pada tahun 2018 telah melaporkan kesan pengambilan minyak kelapa dara ke atas profil darah 94 subjek lelaku. Cadangan pengambilan ialah 50 gram pada setiap hari selama 4 minggu berturut-turut menunjukkan perubahan profil darah yang baik dengan penurunan kandungan lemak dalam darah. Namun, tiada perubahan yang signifikan dilaporkan ke atas BMI, tahap gula dalam darah, dan tekanan darah yang mungkin disebabkan ileh faktor gaya hidup subjek kajian yang perlu dipantau.

Sumber:
https://bidadari.my/5-khasiat-minyak-kelapa-dara-untuk-lelaki/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping