icon-search

Pintu yang perlu ditutup agar jin dan syaitan tidak berjaya masuk dalam badan

Pintu yang perlu ditutup agar jin dan syaitan tidak berjaya masuk dalam badan

Artikel kali ini kita nak fokus bagaimana cara mudahnya jin dan syaitan ini boleh masuk ke dalam badan manusia. Mungkin ramai yang tak perasan, sebenarnya ada 18 pintu di mana jika tanpa sedar kita membukanya, maka akan masuklah jin ke dalam tubuh badan kita.

Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain.


Pintu-pintu itu ialah:


1. Sombong 

Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat disukai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah.

Allah berfirman di dalam Surah Sad ayat 74 yang bermaksud: 


“Melainkan Iblis, dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadilah dia dari golongan yang kafir.”


2. Tamak 

Sikap tamak dan cintakan dunia sehingga melupakan akhirat, akhirnya akan melahirkan pula pelbagai penyakit hati yang lain iaitu ujub, bangga diri, iri hati dan dengki. Tamak dan cintakan dunia akan menyebabkan jin syaitan akan memainkan peranan mereka sehingga menghalalkan segala cara asalkan dapat keduniaan kita.


3. Hasad dengki 

Sifat hasad dan dengki sesuatu yang Allah haramkan, nakkan kelebihan yang ada pada orang lain terhapus. Ketika inilah iblis dan syaitan memainkan peranan mereka menghasut seseorang sehingga sanggup melakukan perkara syirik termasuk menggunakan sihir dan sebagainya.


4. Jahil tentang agama

Bodoh atau kejahilan kita tentang agama Islam yang sebenar apabila semua amal yang dilakukan, yang mana tidak berasal daripada yang nabi SAW lalukan, selain daripadanya akan tertolak. Orang sebegini sangat berpotensi mendatangkan jin kafir dalam tubuh mereka malah ia sangat dicintai makhluk itu.


Menurut Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, ketika beliau melakukan rukyah kepada seseorang, jin mengaku masuk melalui lubang dubur, di saat orang itu masuk ke bilik mandi tanpa membaca doa terlebih dahulu.


Ada seorang yang hafal al-Quran telah dirasuk oleh jin disebabkan orang itu makan dengan tangan kirinya. Ada juga keadaan di mana seorang yang dirukyah, jin masuk ke dalam badannya kerana zikir dengan menyebut-nyebut kata Al Jabbar, tetapi dengan niat untuk minta kekuatan, bukannya kerana Allah.


5. Pemarah 

Seorang yang sedang marah maka ketika itu tekanan darahnya tidak teratur, jantung berdegup kencang, dan disitulah syaitan mudah sekali untuk masuk.


Rasulullah SAW telah bersabda: 


“Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah.”.(Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175].


6. Suka berangan 

Panjang angan-angan akan menyebabkan kita lupa persiapan untuk akhirat kita dan akan mengakibatkan kita melakukan segala perkara untuk dunia. Juga akan menyebabkan kita merasa tidak cukup dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.


7. Rakus 

Sifat ini membuka peluang keemasan kepada syaitan untuk masuk dan menyebabkan kita lupa yang halal dan haram dek kerana kerakusan kita contohnya terhadap harta dunia sehingga lupa sesuatu itu rasuah, judi dan sebagainya.


8. Kedekut dan bakhil 

Allah berfirman: “Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka...” [180:Ali-Imran].


Sifat bakhil ini sangat disukai syaitan bahkan syaitan akan melakukan segala tipu daya supaya kita tidak bersedekah sedangkan sedekah akan menambahkan kekayaan, menghalang bala, memanjang umur dan menambah keberkatan hidup kita serta menjauhkan dari api neraka.


9. Suka dipuji 

Gemar dipuji dan akan membuat kita akan berasa bangga diri, riyak dan keadaan ini akan menyenangkan syaitan membuatkan kita lupa diri dan akan melakukan perkara mungkar.


10. Riyak 

Riyak membuatkan segala amalan yang dilakukan dengan riyak tidak akan diterima oleh Allah. Sia-sia sahaja usaha kita kerana tidak ada ikhlas. Di akhirat nanti Allah akan suruh kita cari untuk siapa kita riyak supaya meminta balasan dari mereka itu. Syaitan sangat suka sifat ini supaya akan bersama-sama dengan mereka di dalam neraka. 


11. Bangga diri 

Ujub atau bangga diri iaitu berasa hebat dengan diri sendiri serta kemewahan yang ada. Ini boleh membawa kepada penyakit ain. Syaitan memainkan peranan supaya kita ujub dan akan sombong dengan manusia lain atau memperlekehkan orang lain.


12. Mengeluh dan kecewa

Orang yang selalu Mengeluh dan kecewa akan senang dimasuki syaitan. Hati jadi tak tenang, buat serba tak kena, boleh membawa kepada was-was sampai ambil wuduk berpuluh kali basuh, atau takbir sampai berpuluh kali.


13. Ikut hawa nafsu

Suka mengikut hawa nafsu yang merupakan anak didik syaitan sehinggakan bulan Ramadan yang mana kebanyakan syaitan dirantai tetapi dengan sebab mengikut hawa nafsu, seseorang masih lagi berlaku kemaksiatan kepada Allah.


14. Buruk sangka 

Sikap buruk sangka merupakan salah satu pintu kepada kejahatan hati kita dengan orang lain. Bermula dengan buruk sangka kita akan memfitnah, mengumpat, mengeji dan sebagainya kepada orang lain. Inilah dosa yang menyebabkan kita menjadi bankrap di akhirat.


15. Menghina orang Islam 

Tidak sah seorang muslim menghina saudara muslim yang lain, hendaklah kita saling menghormati dan bukannya menghina antara satu sama lain.


16. Meremehkan dosa

Sebenarnya sikap ini merupakan perangkap oleh syaitan kepada manusia. Lama kelamaan kita akan sentiasa melakukan dosa yang kita anggap kecil dan remeh. Sentiasa melakukan dosa kecil merupakan dosa besar.


17. Rasa aman dari azab

Apabila kita tidak berasa takut akan azab Allah, ia merupakan tiket kita melakukan perkara mungkar dan ia disukai syaitan.


18. Putus asa 

Putus asa dari rahmat Allah merupakan senjata syaitan untuk seseorang tidak kembali ke jalan Allah setelah melakukan kemaksiatan kepada Allah. 


Semoga dengan perkongsian ini dapat mengingatkan kita agar selalu menjaga diri supaya kita tidak membuka pintu-pintu yang akhirnya menyebabkan jin dan syaitan dapat masuk ke dalam tubuh badan kita.


Kita berdoa kepada Allah, semoga Allah selamatkan kita dari sebarang gangguan jin serta makhluk-Nya. Firman Allah:


Dan katakanlah: "Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan syaitan." (97) Dan aku berlindung kepada Engkau, ya Tuhanku, dari kehadiran mereka.


Maksudnya: Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan,"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” - [Surah al-Mukminun: 97-98].


Dengan izin Allah, insya-Allah, Allah akan berikan kesembuhan. Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” - [al-Isra’:82].


Sumber di petik dari:

https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/06/05/tutup-segera-18-pintu-ini-agar-jin-syaitan-tidak-berjaya-rasuk-ke-dalam-diri-manusia



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping