Sama-samalah kita menghayati misi perjuangan Rasulullah semasa peristiwa israk mikraj. Kita perlulah mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dengan berusaha untuk menjauhi perkara negatif dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk merapatkan perpaduan ummah.
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."