Berkat ( Barakah ) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud berkembang dan kebaikan. Secara umumnya kita boleh menyatakan maksud berkat ( barakah ) disini adalah memohon restu dari pada Allah SWT agar dikurniakan kebaikkan yang berkembang biak .
Berkat ini datangnya dengan keizinan Allah SWT. Jika seseorang itu memohon Allah SWT agar memberkati rezekinya , maka jika Allah SWT kehendaki, dia akan memberi berkat kepada seseorang itu.
Firman Allah SWT dalam Surah Maryam ayat 31:
وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا
Sifat memberi berkat ini hanyalah mutlak milik Allah SWT , Berkat Allah SWT dimana sahaja Dia letakkan.
firmannya Allah SWT dalam Surah Qaf, ayat 9:
وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُّبَارَكًا فَأَنبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ الْحَصِيدِ
Ertinya:
"Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam". (Q.S. Qaaf : 9).
Allah SWT bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. tanda Allah SWT kasih kepada hamba-hamba-Nya adalah Allah SWT memberi pertolongan, rahmat dan keberkatan dalam kehidupan . Terdapat lima keberkataan kurniaan Allah SWT diberikan-Nya kepada hamba -hamba yang dikasihi-Nya iaitu
Tanda-tanda keberkataan manusia dalam hidup yang utama itu ada lima perkara iaitu:
1. Keberkatan Pada Umurnya
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (HR. Ahmad dan al-Hakim).
Berdasar kepada hadis tersebut apa yang dapat kita simpulkan bahawa amalan yang baik yang menjadi fokus kepada nilai disisi Allah SWT. Sekiranya kita diberi peluang untuk hidup lama di muka bumi ini, tetapi kita tidak memanfaatkan untuk kebaikan hidup di dunia dan bekalan akhirat ia adalah sia-sia.
Tetapi sekiranya kita menggunakan peluang umur yang panjang itu untuk berbuat baik ia mendapat tempat terbaik disisi Allah. Inilah maksud umur yang diberkati Allah SWT. Sebaiknya pula jika seseorang memiliki umur panjang sedangkan kejahatannya melebihi kebaikannya ini bermakna tidak ada keberkatan pada umurnya dan bersiap sedialah untuk memasuki Neraka.
2. Keberkatan Dalam Hidup Berkeluarga
Keluarga yang berkat adalah keluarga yang memiliki ketenangan dan kebahagiaan. Sentiasa rukun damai dan lahir kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak. Saling nasihat menasihati, hormat menghormati dan percaya mempercayai. di antara satu sama lain.
Suami atau isteri harus mampu menampilkan pribadi yang dapat menimbulkan rasa tenteram, senang, kerinduan. Ingat, di atas rasa kasih sayanglah pasangan suami istri dalam keluarga dapat melayari bahtera kehidupan dengan aman dan damai.
Keluarga yang diberkati Allah SWT. akan melahirkan ciri-ciri Baitul Muslim dalam keluarga tersebut dan keluarga yang tidak mendapat keberkataan melahirkan pergolakkan dan perselisihan samaada di antara suami isteri dan juga di antara ibu bapa kepada anak-anaknya. Oleh itu jadikanlah Islam sebagai panduan hidup berkeluarga barulah mendapat rahmat ,ketenangan dan keberkatan daripada Allah SWT.
3. Keberkatan Pada Rezeki
Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi daripada sumber-sumber yang halal. Dan digunakan pula rezeki tersebut untuk kebaikan dan di jalan Allah SWT
Apabila kita mensyukuri rezeki Allah SWT maka Allah SWT akan memberkati hidup kita dan Dia akan memberi tambahan rezeki dijalan yang tidak disangka-sangka.
4. Keberkatan Hidup Berjemaah/Bermasyarakat
Hidup kita di dunia ini tidak boleh berseorangan kita perlu kepada berjemaah. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan sedangkan hidup tanpa jemaah akan membawa kepada kehancuran.
Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT .Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab.
5. Keberkatan Pada Ilmu
Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i ( ilmu Islam ). ilmu yang pengamalnya yang diikhtiraf oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Dengan kata lain, segala ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan dapat menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Maka selama ilmu itu masih dipelajari, selama itulah orang yang mengajarkannya pada peringkat permulaan itu akan mendapat pahala yang berterusan yang akan dimasukkan ke dalam catitan amalan kebajikannya.
Antara lain, seperti apabila seseorang yang mengarang kitab untuk rujukan orang lain, maka selagi kitabnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain, maka Allah SWT akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang berterusan kepada pengarang kitab tersebut.
Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dapat difahami, dilaksanakan dan disampaikan pada orang lain. Ilmu yang berkat juga akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
WOW! SOCAZ ada buat Promo Box Of Happiness!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Set Fatimah (RM 39.99)
- Set Alien Mix (RM 69.90)
- Set Alien Skinny (RM 69.90)
- Set Sofea (RM 69.90)
- Set Alien Blackie (RM 69.90)
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://baca-tazkirah.blogspot.com/2015/04/5-keberkatan-yang-utama-dalam-kehidupan.html