icon-search

Sambutam Awal Muharram

Sambutam Awal Muharram

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia.

Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1443 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 10 Ogos 2021 Masihi yang juga merupakan salah satu hari kebesaran Islam .Awal Muharram juga menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia. Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya 

Bacaan Doa Akhir Dan Awal Tahun 1442-1443 Hijrah Dan Amalan Sunat

Umum memahami peristiwa hijrah adalah perpindahan besar Rasulullah SAW serta pengikut-pengikut baginda waktu itu dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Kita mengetahui bahawa peristiwa hijrah Rasul itu membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang. Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini.

Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah mencari kehidupan lebih baik, maju dan sempurna pada masa akan datang. Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, dimana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan 

Sebagai kesimpulan, Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik. Bersempena dengan Maal Hijrah, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir dan awal tahun. 

  • Doa Akhir Tahun 1442H

Doa akhir tahun (1442H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1442 Hijrah bersamaan 9 Ogos 2021 Masihi (Khamis)

  • Doa Awal Tahun 1443H

Doa awal tahun (1443H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1442 bersamaan 9 Ogos 2021 (malam 1 Muharram 1443H)

*Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib

Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1443H Di Malaysia

  • Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H / 2021M adalah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”. Tahun lepas adalah :Ummah Rabbani Negara Harmoni”
  • Pemilihan tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” adalah bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW
  • Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam
  • Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan
  • Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan

ww.socaz.my

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Awal_Muharam

https://www.mysumber.com/doa-hijrah.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping