Assalamualaikum semua Hari ini kita nak bincangkan tentang mengapa solat seseorang itu boleh menjadi tidak sah dan adakah kita terlepas pandang dengan perkara-perkara tersebut? Jom baca entri ini sehingga selesai untuk mengetahui apa yang menyebabkan solat menjadi tidak sah
Apakah perkara yang menyebabkan solat tidak sah?
1 - Membaca Takbiratul Ihram di dalam Hati
2 - Membaca Surah Al-Fatihah di dalam Hati
3 - Membaca Tahiyat Akhir di dalam Hati
4 - Membaca Selawat ke atas Nabi dalam Tahiyat Akhir di dalam Hati
5 - Memberi Salam yang Pertama di dalam Hati
Bacaan takbiratul ihram, al-fatihah, tahiyat akhir, selawat ke atas nabi pada tahiyat akhir dan memberi salam yang pertama ketika solat adalah termasuk di antara rukun qauli (ucapan/perkataan) yang mana jika kita meninggalkannya maka tidak sah solat kita. Hendaklah bacaan-bacaan tersebut perlu dibaca dengan lisan iaitu dituturkan melalui lidah, bukannya di dalam hati. Kata Imam al Syafi’e Rahimahullah :
وَلَا يُجْزِئُ الرَّجُل أَنْ يحْرِمَ لِلصَّلَاة بِقَلْبِهِ ، وَلَا يَقْرَأ بِقَلْبِهِ حَتَّى يُحَرِّكَ لِسَانَهُ
Maksudnya ; Tidak sah bagi seorang lelaki mengangkat takbiratul ihram untuk solat melalui hatinya, dan tidak sah pula dia membaca (al-fatihah) melalui hatinya sehinggalah dia menggerakkan lidahnya. Rujuk Mukhtasar al Buwaithi (hlm. 244).
Oleh itu, hendaklah kita mengambil berat tentang perkara-perkara ini agar solat yang kita lakukan setiap hari tidak menjadi solat yang sia-sia. Wallahualam.
Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ masih teruskan BIG SALE NI
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M
Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
www.socaz.my
SUMBER:
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/11/513744/dibolehkan-qasar-solat-ketika-melancong