Diantara adab-adab yang sepatutnya diperhatikan ketika seseorang menuntut ilmu:
1. Mengikhlaskan niat dalam menuntut ilmu
Dalam menuntut ilmu kita hendaklah ikhlas kerana Allah Ta’ala dan seseorang tidak akan mendapat ilmu yang bermanfaat jika dia tidak ikhlas kerana Allah.
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar.”(Al-Bayyinah: 5)
Orang yang menuntut ilmu bukan kerana mengharap wajah Allah termasuk orang yang pertama kali dipanaskan api neraka untuknya. Rasulallah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesiapa yang menuntut ilmu syar’i yang sepatutnya dia lakukan untuk mencari wajah Allah dengan ikhlas, namun tidak dia melakukannya melainkan untuk mencari keuntungan duniawi, maka dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat.” (HR. Ahmad)
2.Rajin berdoa kepada AllahTa’ala, memohon ilmu yang bermanfaat
Hendaklah setiap penuntut ilmu sentiasa memohon ilmu yang bermanfaat kepada Allah Ta’aladan memohon pertolongan kepadaNya dalam mencari ilmu serta selalu rasa memerlukanNya.
Rasulallah shallallahu ‘alaihi wa sallam menganjurkan kita untuk selalu memohon ilmu yang bermanfaat kepada Allah Ta’ala dan berlindung kepadaNya dari ilmu yang tidak bermanfaat, kerana berapa banyak kaum Muslimin yang mempelajari ilmu yang tidak bermanfaat, seperti mempelajari ilmu filsafat (falsafah), ilmu kalam, ilmu hukum sekular, dan selainnya.
3. Bersungguh-sungguh dalam belajar dan selalu merasa dahagakan ilmu
Dalam menuntut ilmu diperlukan kesungguhan. Tidak layak para penuntut ilmu bersikap malas dalam menuntutnya. Kita akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat dengan izin Allah apabila kita bersungguh-sungguh dalam mencarinya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam barsabda:
“Dua orang rakus yang tidak pernah kenyang: iaitu (1) orang yang rakus terhadap ilmu dan tidak pernah kenyang dengannya dan (2) orang yang rakus terhadap dunia dan tidak pernah kenyang dengannya.” (HR. Al-Baihaqi)
4.Menjauhkan diri dari dosa dan maksiat dengan bertakwa kepada Allah Ta’ala
Seseorang akan terhalang dari ilmu yang bermanfaat disebabkan banyak melakukan dosa dan maksiat. Sesungguhnya dosa dan maksiat dapat menghalangi ilmu yang bermanfaat, bahkan dapat mematikan hati, merosakkan kehidupan serta mengundang siksa dari Allah Ta’ala.
5. Tidak boleh sombong dan tidak boleh malu dalam menuntut ilmu
Sombong dan malu menyebabkan pelakunya tidak akan memperolehi ilmu selagimana kedua sifat tersebut masih terdapat di dalam dirinya.
Imam Mujahid rahimahullah berkata:
لاَ يَتَعَلَّمُ الْعِلْمَ مُسْتَحْىٍ وَلاَ مُسْتَكْبِرٌ
“Dua orang yang tidak belajar ilmu: seorang pemalu dan seorang yang takbur.” (HR. Bukhari secaramuallaq)
6. Mendengarkan baik-baik pelajaran yang disampaikan guru
Allah Ta’alaberfirman:
فَبَشِّرْ عِبَادِ (17) الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ (18)
“...Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu - Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.” (Az-Zumar: 17-18
7. Diam ketika pelajaran disampaikan
Ketika belajar dan mengkaji ilmu tidak boleh bercakap-cakap perkara yang tidak bermanfaat, tanpa ada keperluan, dan tidak berkaitan dengan ilmu yang disampaikan, tidak boleh berbual-bual. Allah Ta’alaberfirman:
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-A’raaf: 204)
8. Berusaha memahami ilmu yang disampaikan
Tips memahami pelajaran yang disampaikan: mencari tempat duduk yang tepat di hadaapan guru, memperhatikan penjelasan guru dan bacaan murid yang berpengalaman. Bersungguh-sungguh untuk mengikat (mencatat) faedah-faedah pelajaran, tidak banyak bertanya ketika pelajaran disampaikan, tidak membaca satu kitab kepada banyak guru pada waktu yang sama, mengulang pelajaran setelah pengajian selesai dan bersungguh-sungguh mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
9. Menghafal ilmu yang disampaikan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
نضَّر الله امرأً سَمِع مقالتي فوَعَاها وحَفِظها وبَلَّغها، فرُبَّ حامل فِقْه إلى مَن هو أفقه منه
“Semoga Allah memberikan cahaya kepada wajah orang yang mendengarkan sabdaku lalu dia memahaminya dan menghafalnya kemudian menyampaikannya. Berapa banyak orang yang menyampaikan ilmu kepada orang yang lebih faham darinya.” (HR At-Tirmizi).
Dalam hadis tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa kepada Allah Ta’ala agar Allah memberikan cahaya pada wajah orang-orang yang mendengar, memahami, menghafal, dan mengamalkan sabda baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka kita juga diperintahkan untuk menghafal pelajaran-pelajaran yang bersumber dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
10. Mengikat ilmu atau pelajaran dengan tulisan
Ketika belajar, seorang penuntut ilmu hendaklah mencatat pelajaran, point-point penting, faedah dan manfaat dari ayat, hadis dan perkataan para sahabat serta ulama, atau berbagai dalil bagi suatu permasalahan yang dibahaskan oleh seorang guru. Ianya bertujuan agar ilmu yang disampaikannya tidak hilang dan terus melekat dalam ingatannya setiap kali dia mengulangi pelajarannya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
قيدوا العلم بالكتاب
“Ikatlah ilmu dengan tulisan” (HR. Ibnu ‘Abdil Barr)
11. Mengamalkan ilmu yang telah dipelajari
Sesiapa sahaja yang menuntut ilmu bukan untuk diamalkan, nescaya diharamkannya dari mendapat keberkatan ilmu, kemuliaan, serta ganjaran pahalanya yang besar.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Perumpamaan seorang alim yang mengajarkan kebaikan kepada manusia, kemudian dia melupakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya) adalah seperti lampu (lilin) yang menerangi manusia, namun membakar dirinya sendiri.” (HR At-Tabrani)
Ubai bin Ka’abradhiallahu ‘anhu berkata: “Hendaklah kamu menuntut ilmu pengetahuan dan beramallah dengannya. Janganlah kamu menuntut ilmu untuk berhias-hias dengannya kerana akan tiba suatu masa nanti ada orang yang akan menghiasi dirinya dengan ilmu sebagaimana mereka berhias dengan pakaiannya.” (Jami’ Bayan Al-‘Ilmi wa Fadhlihi, 2/6)
‘Ali bin Abi Talibradhiallahu ‘anhu berkata: “Wahai orang yang berilmu, beramallah kamu dengannya. Sesungguhnya orang yang ‘alim itu ialah mereka yang berilmu, kemudian beramal dan amalannya bertepatan dengan ilmunya. Dan akan muncul golongan ilmuan yang tidak beramal dengan ilmunya, zahirnya menyalahi batinnya, dan ilmunya menyalahi amalannya. Mereka menyertai beberapa halaqah pengajian, tetapi setengahnya berbangga terhadap setengah yang lain, sehingga didapati seseorang itu marah kepada murid yang duduk belajar bersamanya kerana pergi belajar kepada orang lain dan meninggalkannya, mereka itu tidak diangkatkan amalannya pada majlis itu kepada Allah Azza wa Jalla.” (Jami’ Bayan Al-‘Ilmi wa Fadhlihi, 2/7)
12. Menyampaikan ilmu dengan berdakwah
Dakwah yang paling utama disampaikan adalah kepada ahli keluarga dan kerabat kita, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6).
Perlu diperhatikan bagi seorang penuntut ilmu, dakwah yakni mengajak manusia ke jalan Allah merupakan kedudukan yang mulia dan utama bagi seorang hamba, maka hal itu tidak dapat dilakukan melainkan dengan ilmu. Dengan ilmu, seseorang akan dapat berdakwah dengan ilmu yang dimilikinya.
WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE!!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
- Handsock Kayla
- Princess Handsock
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://al-muwahhidun.blogspot.com/2018/07/adab-adab-menuntut-ilmu.html