icon-search

CARA MEMASARKAN PRODUK DALAM TALIAN

CARA MEMASARKAN PRODUK DALAM TALIAN

NAK BUAT PERNIAGAAN ATAS TALIAN TAPI TAK TAHU MACAM MANA NAK PASARKAN PRODUK???


Bagi anda yang baru memulakan perniagaan secara dalam talian, disini saya kongsikan  3 tips mudah yang anda boleh gunakan untuk memasarkan produk anda.

1. Gunakan Facebook untuk menjual produk
Facebook mampu membantu anda untuk memasarkan produk anda. Anda boleh menggunakan fungsi "Facebook Live" sebagai salah satu cara untuk anda mengiklankan produk anda. Dengan cara ini anda lebih mudah untuk mengiklankan produk anda dan cara ini juga mampu menjana sales yang banyak. Tips untuk tarik penonton untuk sertai FB live anda dengan cara membuat pengumuman lebih awal di Facebook dan Facebook page milik anda tentang Facebook Live anda dengan sertakan "caption" yang dapat menarik penonton. Minta penonton untuk like,share dan follow Facebook page anda. Jangan lupa untuk libatkan mereka dalam live anda. Akhir sekali, tamatkan siaran anda dengan "Call To Action (CTA)" dengan cara memaklumkan penonton untuk Whatsapp anda untuk bertanya dengan lebih lanjut.

2. Gunakan Instagram sebagai "Branding Platform" untuk produk anda
Anda boleh post gambar dan video yang menarik berkaitan dengan produk anda. Anda boleh berkongsi  kata-kata motivasi mahupun video-video yang menarik di instagram milik anda. Hal ini untuk memastikan pelanggan anda suka melihat dan mengikuti instagram anda. Anda juga boleh menggunakan fungsi Instagram story dan Instagram TV sebagai medium "brand awareness" untuk produk anda.

3. Gunakan email untuk membina hubungan dengan pelanggan anda.
Gunakan Email sebagai  teknik pemasaran kerana ia lebih murah berbanding ads di FB,IG akhbar dan papan iklan. Anda boleh gunakan email untuk mengiklankan promosi kepada setiap pelanggan anda, ataupun anda boleh gunakan email sebagai cara untuk anda "follow up" pelanggan anda.

4. Jadikan Facebook group untuk anda membina komuniti yang lebih besar.
Anda boleh gunakan teknik "Soft sell" untuk menjual produk anda kepada target pelanggan yang lebih luas. Anda dapat membina jenama anda dengan cara memberi maklumat tentang produk anda dengan betu dan berguna sehingga menjadi jenama yang dipercayai.

 www.socaz.my 


Sumber:
www.storehub.com 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping