icon-search

CARA MENGGUNAKAN KONSEP 'AIDA' DALAM BISNES

CARA MENGGUNAKAN KONSEP 'AIDA' DALAM BISNES

Apa itu konsep 'AIDA' ?

Mesti ramai yang tertanyakan siapakah AIDA ni. Model atau konsep AIDA ini banyak digunakan dalam teknik untuk membuat jualan. Mungkin ada yang pernah dengar mungkin ada yang belum pernah dengar pun selama ini walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang jurujual. Mungkin ada yang dah menggunakan konsep AIDA ini tanpa sedar.

AIDA ialah singkatan kepada:

  • A – Attention (Perhatian)
  • I – Interest (Minat)
  • D – Desire (keinginan)
  • A – Action (tindakan)

Konsep AIDA marketing perlu difahami oleh setiap marketer produk atau brand karena dapat meningkatkan perkembangan bisnes dan penjualan produk.

Formula penulisan AIDA ialah formula yang sangat popular digunakan oleh copywriter dan marketer seluruh dunia dalam penghasilan copywriting yang terbaik. Penting untuk menggunakan formula AIDA kerana ianya adalah struktur yang mampu mencipta keinginan secara psikologinya dengan pelanggan, menarik perhatian, kekalkan minat, dan seterusnya menciptakan keinginan yang membuatkan mereka tak sabar-sabar untuk bertindak membeli produk kita.

Berikut saya jelaskan elemen-elemen AIDA tersebut.

1) ATTENTION ( Perhatian )

  • Tahap pertama yang perlu dilakukan adalah attention. Tahap ini merupakan sebuah cara untuk membuatkan bakal pelanggan tertarik dengan penawaran yang diberikan oleh anda.
  • Attention biasanya dilakukan dengan memberikan tajuk yang menarik perhatian pelanggan. Dalam sebuah website yang menjual stokin, Sebagai contoh, menggunakan tajuk seperti 'Stokin ini boleh mengurangkan sakit kaki. Tak percaya ke ?'. Biasanya, pelanggan akan berhenti sejenak untuk membaca lebih jauh mengenai penawaran yang diberikan.

2) INTEREST ( Minat )

  • Selepas berjaya menarik perhatian pelanggan, maka langkah berikutnya adalah membuat pelanggan tertarik dengan tawaran dan produk anda.
  • Pada tahap Interest ini anda sebagai penjual kene menonjolkan keunggulan produk yang dijual sehingga pelanggan mempunyai minat ingin tahu dan tertarik untuk membelinya. Sebagai contoh, selepas pelanggan tertarik dengan tajuk kita, kita mestilah menerangkan lebih lanjut berkenaan stokin yang kita jual, apa materialnya, diperbuat daripada apa, kenapa boleh mengurangkan sakit kaki dan sebagainya.

3) DESIRE ( Keinginan )

  • Tahap berikutnya disebut dengan desire. Sebuah tahap untuk membangun keinginan pelanggan untuk menggunakan produk kita. Biasanya, tahap ini menggunakan ayat atau kata-kata yang persuasif dan menyentuh emosi pelanggan.
  • Sebagai contoh, 'Best nya stokin yang kami jual ni adalah stokin yang diyakini halal dan sangat dipercayai. Kami menggunakan material yang sangat berkualiti dan boleh tahan lasak. Cengkaman stokin juga best dan boleh support kaki anda'

4) ACTION ( Tindakan )

  • Langkah terakhir dalam AIDA adalah melakukan action dengan mengajak pelanggan untuk segera melakukan pembelian produk anda.Ini adalah peringkat ‘closing the sale’ . Dengan menggunakan pengunaan Call to Action. Contoh-contoh pengunaan Call to Action seperti “Beli Sekarang”,”Jom dapatkan Sekarang”,”Shop Now” dan sebagainnya
  • Sebagai contoh, 'So.. jangan tunggu lama2 sis kene dapatkan sekarang juga sebelum stock stokin habis, Sis boleh pm saya ke nombor www.wasap/0167710754'.

Itu sahaja perkongsian daripada saya berkenaan AIDA. Harap perkongsian saya di atas dapat membantu anda semua untuk dapatkan ‘sales’ dengan secepat mungkin. Selamat mencuba   

www.socaz.my

Sumber:

https://qwords.com/blog/mengenal-formula-aida/

https://blog.mtarget.co/cara-membuat-funnels-marketing-dengan-formula-aida/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping