icon-search

Cara Menghilangkan Kutu Pada Kucing

Cara Menghilangkan Kutu Pada Kucing

Adakah anda ada membela kucing di rumah kediaman? Haiwan berbulu seperti kucing memiliki potensi yang tinggi untuk terkena parasit seperti kutu, hal ini tidak dapat dielakkan sekiranya tuan kepada haiwan tersebut sering membiarkan haiwan peliharaannya itu bermain di luar rumah bersama kucing-kucing lain. Jadi bagaimanakah cara untuk menghilangkan kutu dengan cara yang berkesan? 

1. Shampoo Kucing

Guna shampoo khas untuk kucing atau anda boleh gunakan shampoo bayi yang direka khas untuk kulit bayi yang sensitif yang mana ia dapat membunuh sebahagian kutu tersebut. 

Walau bagaimanapun, semua kutu yang bersarang di badan kucing tidak semuanya akan mati kerana ia memerlukan shampoo khas untuk membasmi kutu yang akan mengusir atau mematikan kutu dengan cepat.

2. Minyak Telon & Minyak Kelapa Dara

Jika anda guna minyak telon yang mempunyai campuran tiga gabungan minyak iaitu minyak jintan, kayu putih dan minyak kelapa yang mana ia dapat membunuh kutu kucing dalam jangka masa 7 minit sahaja. 

Namun, ada yang berpendapat minyak telon tidak sesuai untuk kucing kerana ada yang kandungannya seperti Essential Oil Lavender yang dikatakan menjadi racun terhadap si bulus anda. 

Tetapi minyak kelapa dara adalah yang paling terbaik dan sangat disyorkan oleh ramai pakar kucing dan doktor haiwan malahan satu kajian yang dilakukan di Washington USA mengatakan minyak kelapa muda palin terbaik.

3. Penggunaan Sikat Kutu Khas

Dengan menyikat bulu kucing secara teratur tentunya memberikan impak yang sangat baik untuk kucing yang mana cara ini dapat menghilangkan kutu dengan cepat serta membuat bulu kucing lebih gebu dan halus.

4. Cuka Epal

Mungkin ada yang tidak tahu apakah kebaikan dan khasiat cuka epal yang mana ia telah difermentasikan menjadi cecair. Ia banyak digunakan dalam kehidupan manusia seperti dalam masakan dan sebagainya. 

Selain itu, kelebihannya untuk kesihatan tubuh badan, kecantikkan kulit, mengurangkan kolestrol dan banyak lagi. Tetapi untuk kucing juga sangat bagus dengan tujuan untuk membasmi kutu yang bersarang dalam bulu.

5. Ubat Titis Kucing

Produk ubat titis kucing yang dikhususkan untuk mengusirkan kutu yang terdapat dalam bulu serta badan kucing yang amat berkesan boleh mencegah kutu banyak di jual di mana-mana kedai dan pasar raya di Malaysia.



WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Japan
  • Stokin Elkido Kids
  • Handsock Cik Wania
  • Handsock Addra Exclusive

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://bukitbesi.blogspot.com/2021/09/cara-hilangkan-kutu-kucing-dengan-cepat.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping