Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan oleh setiap umat Islam. Solat Sunat yang sering disebut sebagai ‘amalan pembuka rezeki’ ini mempunyai pelbagai kelebihan. Ia juga dikenali dengan nama solat al-Awwabin.
Waktu Solat Sunat Dhuha
Waktu Solat Sunat Dhuha bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari. Waktu terbaik untuk Solat Sunat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik.
Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin.
Ini berdasarkan hadis
صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ
Maksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).
Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bilangan rakaat paling afdhal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.
Riwayat Abu Daud (1290)
Imam Al-Nawawi berkata : Para ashab kami dan jumhur ulama berdalilkan dengan hadis ini dalam menyatakan istihbab (galakan) melakukan Solat Sunat Dhuha sebanyak lapan rakaat.
Cara Menunaikan Solat Sunat Dhuha
Berikut adalah cara mengerjakan Solat Sunat Dhuha yang dirujuk melalui Kisah Zakat Malaysia dan beberapa lagi sumber lain.
1. Lafaz Niat
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ
(Usollii sunnatadh-dhuhaa rak’ataini lillaahi ta’aalaa.)
Ertinya: ”Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala.”
2. Membaca Surah Al-Fatihah
Setelah takbiratul ihram, baca surah al-Fatihah seperti biasa.
3. Membaca Surah
Ringkasnya, kita boleh membaca mana-mana surah yang dihafal dalam semua solat sunat.
Namun antara surah-surah yang dianjurkan ulama dalam solat dhuha ialah:
- Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
- As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
- Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).
Kemudian solat diteruskan seperti biasa sehingga cukup 2 rakaat.
4. Bacaan Semasa Sujud Akhir
Pada sujud akhir sebelum tahiyat akhir, boleh dibacakan zikir berikut:
Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala
Ertinya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah. Dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.
5. Zikir & Doa Dhuha
Akhir sekali, selepas memberi salam dan melengkapkan bilangan rakaat yang diingini, ucapkanlah istighfar.
Ini menurut hadis sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali. (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)
Kita juga boleh membacakan doa dhuha ini:
اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Ertinya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Semoga bermanfaat
WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
- Stokin Kanik Original Tapak Hitam
- Stokin Calista
- Handsock Aaisya
- Handsock Ainisha 6.0
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order: