icon-search

Cara Solat Sunat Taubat

Cara Solat Sunat Taubat

Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas. Bagaimana cara Solat Taubat dan Doa Taubat?

Ini adalah panduan lengkap untuk melakukan Solat Sunat Taubat dan doa taubat nasuha.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Sembahyang Sunat Taubat

Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Cara Mengerjakannya

Lafaz Niat:

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun.

Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas. 

Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:

dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.

Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai- ramai seperti berikut:

Maksudnya: “Aku minta ampun dari Allah.” (3X) Maksudnya: “Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada-Nya.”

Maksudnya: “Kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan.”

Maksudnya: “Dan kami berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut buat selama-lamanya.”

Maksudnya: “Dan kami berlepas diri dari segala agama yang bertentangan dengan agama Islam.”

Maksudnya: “Dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.”

Maksudnya: “Dan kami naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya.”

Maksudnya: “Kami redha Allah sebagai tuhan kami.”

Maksudnya: “Dan agama Allah sebagai agama kami.” 

Maksudnya: “Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul.” 

Maksudnya: “Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.” 

Maksudnya: “Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman.”

Akhir kata, semoga artikel tentang cara solat taubat ini dapat mendekatkan diri kita pada Allah. Sama-sama berdoa agar kita sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmat Allah. Berbanyak-banyak terima kasih pada pihak JAKIM yang mengeluarkan dokumen cara solat taubat yang rasmi untuk panduan seluruh umat Islam di Malaysia.  



Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Stokin Calista 
  • Lily Handsock

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber: 

Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

https://siraplimau.com/cara-solat-taubat-yang-ringkas/




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping