icon-search

Cara untuk mengawal kemarahan dengan mudah

Cara untuk mengawal kemarahan dengan mudah

Kemarahan datangnya daripada hati tatkala tercuit dengan emosi. Adakalanya saat sedih dan terluka akan membawa kepada api kemarahan yang membuak-buak. Emosi marah yang pasti menguji keimanan seseorang. Marah yang memungkinkan tangan melepaskan tumbukan. Mungkin juga kaki melepaskan sepakan. Mungkin juga menyebabkan mulut melempar cacian.


Marah adalah sifat tercela yang tiada pengakhiran kerana hanya membawa kehancuran dan kebinasaan. Anggota zahir akan melepaskan apa yang terpendam dan mungkin hati juga menyimpan dendam. Sabda baginda yang bermaksud:


 

 “Sesiapa yang menahan dirinya dalam keadaan marah dan sekiranya dikehendaki meluluskannya, nescaya dia berkuasa melakukannya dan Allah akan memenuhi hatinya pada hari kiamat dengan iman dan keamanan.” (HR Abu Daud).



Tatkala hati membakar bara api kemarahan, sedarlah bahawa yang membisikkan ialah bisikan syaitan. Kerana syaitan itu sifatnya memusuhi umat manusia agar dibenci dan berdendam pada mereka yang melukakan. Maka demikian, jangan dilupakan pesanan baginda yang bermakna:



Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api, hanya dengan air dapat memadamkan api. Apabila seseorang daripada kamu marah, maka berwudhuklah”. (HR Abu Daud).



Jangan juga dilupakan “istiaazah” Auzubillah Minashaitan Nirrajiim (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam.  Bacalah ia semoga membawa kesabaran dalam menghadapi dugaan api kemarahan. Jangan menjadi manusia yang melepaskan kemarahan dengan memukul anak, isteri dan manusia lainnya kerana boleh membawa kepada kemudaratan.



Bukanlah manusia jika berhati binatang, hilang waras akal umpama binatang tatkala hati dikuasai kemarahan. Jangan begitu kerana nanti akan diadili di alam pengakhiran.



Yang membisikkan ke dalam hati untuk mengekspresi rasa marah dalam hati itu sebenarnya Iblis dan syaitan. Maka jangan didengar musuh kita sepanjang zaman. Benar kata orang tua, ikut rasa binasa, ikut hati mati.



Tariklah nafas sedalam-dalam, ucapkanlah istighfar “Astaghfirullah al ‘azim” (استغفر الله العظيم) Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung dan selawat “Allahumma Solli’ Ala Saidina Muhammad” (اللهم صل على سيدنا محمد) moga-moga sifat marah yang berada dalam diri cepat hilang. Agar akal kembali tersedar daripada melakukan sebarang kesilapan dan agar hati mula tenteram, maafkanlah mereka yang melakukan kesalahan.



Tahanlah dirimu daripada api kemarahan sebagaimana pesanan baginda ketika seorang lelaki berkata; “Wahai Rasulluah, berikanlah pesanan kepadaku dengan satu pekerjaan yang mudah”, baginda menjawab, “Jangalah kamu marah”, kemudian dia bertanya lagi maka baginda juga menjawab hal yang sama, “Janganlah kamu marah”.



Sungguhnya menahan diri daripada marah itu adalah suatu sifat yang terpuji. Senang untuk diungkapkan dengan mulut tetapi susah dipraktikkan dalam sebuah situasi. Sabarlah daripada marah dan tahanlah dirimu. Mudah dalam kata sukar dalam perbuatan kerana hanya yang beriman dan bersabar mampu menghadapinya. Sabda baginda yang bermaksud:



“Bukanlah kekuatan yang kuat itu adalah dengan merebahkan beberapa orang lelaki, tetapi yang kuat itu adalah seseorang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.” (HR Bukhari dan Muslim).



Contohilah baginda ketika berdakwah ke Taif. Baginda dilemparkan dengan batu oleh kanak-kanak nakal yang ada di dalam kota Taif. Penduduk Taif mengupah budak-budak nakal untuk membaling batu terhadap baginda sebaik saja memasuki Kota Taif sehingga hujanan lontaran batu menyebabkan sepatu baginda dipenuhi darah diri sendiri. Namun tidak dibalas baginda dan tidak pula mendoakan keburukan bagi mereka meskipun Baginda adalah Utusan Allah. Begitulah kehebatan kesabaran baginda, tidak marah, tidak membalasnya malah memaafkan mereka.



Maka tatkala marah, Syeikh Abdul Qadir berpesan dua perkara:


  • Hendaklah memecahkan marah yakni menahannya tetapi tidak pula menahan kemarahan sehingga menghilangkannya sama sekali. Kerana marah itu wajib dilonjak dan dihasilkan tatkala menghadapi orang kafir sebagai perkakas bagi memerangi sekalian yang kafir. Oleh yang demikian, marah dalam hal ini dapat mencegah kemungkaran dan menyuruh melakukan kebajikan.


Marah itu umpama anjing buruan kerana anjing itu hanya dapat mengikut arahan apabila dididik. Didiklah diri daripada sifat marah dengan membiasakan diri untuk lambat marah dan memaafkan dengan pelbagai sebab yang mengundang kemarahan. Maka barulah ketika itu diri kita bergerak atau diam, pergerakkannya dikawal petunjuk akal dan syarak.


  • Apabila marah membuak-buak apinya, perlu kita menahannya dengan ilmu pengetahuan dan satu pekerjaan. Ilmu yang dimaksudkan itu ialah dengan mengetahui bahawa tiada sebab bagi dirinya untuk marah kerana bahawa yang berlaku itu adalah qada’ dan qadar Allah. Maka hendaklah diingatkan bahawa kita wajib mengikut setiap perintah Allah daripada mengikuti hawa nafsu yang menyebabkan kamu menjadi pemarah. Manakala yang dimaksudkan dengan satu pekerjaan itu ialah dengan membaca istiaazah:


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


Maknanya: Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk.


Sebagai manusia yang mengharapkan keredhaan ilahi, amalkanlah sifat sabar dalam diri dan hiasilah hati dengan sifat terpuji. Tahanlah kemarahan kerana yang demikian adalah baik lagi terpuji.


WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://theinspirasi.my/cara-mengawal-kemarahan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping