Hard sell adalah suatu cara untuk promote produk direct kepada customer dengan cara terus menjual, cerita mengenai produk, harga dan fokus produk. Ayat yang digunakan pula jelas tujuannya. Cara ini memudahkan pelanggan mengetahui cara membeli produk dengan mudah. Cara ini lebih kepada ingin membuatkan pelanggan untuk membeli produk anda. JANGAN terlalu kerap menggunakan cara ini kerana dikhuatiri pelanggan akan berasa bosan dengan cara anda berjualan.
Contoh Hard Selling:
PROMOSI KURMA MEDJOOL ALAQSA
Sehingga hujung bulan ini sahaja
Harga Asal RM130
TETAPI SEHINGGA HUJUNG BULAN MAC INI SAHAJA.. HARGA KURMA MEDJOOL ALAQSA INI SANGAT TIDAK LOGIK
RM69.90 SAHAJA!!!!
KENAPA PERLU DPTKAN HARI INI
*Penghantaran percuma ke Semenanjung Malaysia
*Percuma stokin
*JIMAT RM60.10
DAPATKAN SEKARANG!
WHATSAPP 0167710754
Soft sell pula adalah cara menjual dalam diam. Cara ini dilakukan dengan bercerita mahupun berkongsi tentang produk anda kemudian menjual. Cara ini lebih meningkatkan pelanggan dengan cara menunjukkan kepercayaan dan memberikan pendedahan kepada mereka tentang produk anda. Cara ini lebih santai kerana tidak memaksa pelanggan.
Contoh Soft Selling:
Assalammualaikum semua,
Semoga anda sentiasa bersemangat bekerja pada hari ini..
Hari ini saya nak kongsi
Info tentang Kurma Medjool Alaqsa
Yang paling best tentang Kurma ini adalah
Isinya bersaiz jumbo, lembut dan juicy
Sebab itu kurma ini sesuai untuk semua peringkat umur
Untuk tempahan
Wasap 0167710754 Sekarang!
Berbeza bukan cara hard sell dan soft sell? So lepas ini boleh gunakan cara ini mengikut situasi yang sesuai agar mudah untuk anda mendekati pelanggan.
Sumber:
ayuyuslida.blogspot.com
www.ideaimaji.com
drdigitalmarketingmalaysia.blogspot.com