Keburukan makanan segera terhadap kesihatan memang ada maah agak banyak juga. Sadisnya ramai yang dengan sengaja bersikap endah tak endah. Malah ada juga yang seolah ingin menidakkan isu ini dengan terus mengamalkan corak pemakanan yang kurang sihat begini. Besar kemungkinan disebabkan ingin terus menikmati makanan yang sedap dan nampak lebih bergaya.
Antara lima sebab utama yang berkaitan dengan keburukan makanan segera ini terhadap tubuh badan manusia adalah:
1. Antara Penyumbang Terbesar untuk Masalah Obesiti
Faktor obesiti ini sangat membimbangkan terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sedihnya bahaya kegemukan begini seolah-olah telah menjadi suatu sindrom baru bagi rakyat Malaysia.
Corak pemakanan yang berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi secara keterlaluan adalah penyumbang utama untuk masalah ini.
2. Penyebab Kepada Masalah Gigi Rosak yang Teruk
Panduan pemakanan kanak-kanak dan remaja Malaysia terbitan Kementerian Kesihatan mencadangkan kanak-kanak kurang tujuh tahun boleh mengambil gula tidak melebihi empat sudu sahaja. Ini termasuk gula pasir dan gula tersembunyi biasanya ada dalam makanan ringan.
Pengambilan gula secara berlebihan ini boleh menjadi salah satu faktor penyebab kalori tinggi hingga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Gigi juga mudah rosak dengan masalah karies gigi dan juga plak yang keterlaluan dan sebagainya.
3. Boleh Membahayakan Sistem Pencernaan dan Kardiovaskular
Makanan segera juga selalunya terdiri dari makanan yang bergoreng dengan tambahan lemak. Maka makanan begini boleh menyebabkan masalah pada pencernaan jika terus di makan tanpa had dan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah kardiovaskular yang boleh membahayakan lagi kesihatan pada tubuh badan.
4. Boleh Membahayakan Sistem Pernafasan
Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa.
5. Meningkatkan Tekanan Darah dan Membebankan Jantung
Makanan ringan tinggi kandungan garam turut mengakibatkan penambahan pengambilan garam yang seterusnya meningkatkan risiko penyakit darah tinggi.
WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE!!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
- Handsock Kayla
- Princess Handsock
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari: