icon-search

Kedai Buku yang Menarik untuk Pergi

Kedai Buku yang Menarik untuk Pergi

Pasti tak ramai orang tak minat dengan membaca buku sebab bosan kan? Kadang-kadang, pergi ke kedai buku pun biasa-biasa je. Takde yang menarik nak tengok. Kalau saya katakan ada jumpa tempat menarik, korang nak pergi tak? Jom tengok kedai buku yang menarik yang korang boleh pergi. Nanti tertarik lah nak baca buku kan

1. Kinokuniya, KLCC

Kinokuniya Malaysia yang terletak di terletak di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan kedai buku yang menawarkan lebih 300,000 buku dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina dan Bahasa Melayu. Konsep kedai buku ini amat unik seumpama kedai buku di Jepun. 

Bukan setakat menyediakan pilihan buku yang sangat banyak, pengunjung juga boleh duduk dengan santai membelek buku-buku yang ada. Dengan mendaftar menjadi ahli, pembeli boleh mendapat pelbagai diskaun istimewa dan berita-berita terkini berkaitan buku-buku yang baru dibawa masuk.

2. BookXcess Cyberjaya

Istimewanya BookXcess cawangan Cyberjaya yang terletak di Tamarind Square ini adalah kerana ia beroperasi 24 jam tanpa henti! Bermula beroperasi pada tahun lepas (2018), tak henti-henti mendapat kunjungan dari geng ulat buku. Bukan sahaja kerana harganya yang jauh lebih murah dari harga asal (ada yang sehingga 80% potongan harga!), tapi kerana susun atur kedai dan persekitaran yang cantik membuatkan pengunjung menghabiskan masa berjam-jam tanpa sedar. 

Bagi sesiapa yang ingin membuat kerja di BookXcess ini, meja dan kerusi serta perkhidmatan wi-fi juga turut disediakan. Oh ya, BookXcess ada juga beberapa cawangan di Petaling Jaya dan tempat lain.

3. Raudhah Al-Miqyas, Bangi

Raudhah al-Miqyas (RAMI) atau maksudnya rumah kertas adalah syurga buat penggemar karya-karya dari seberang (Indonesia). Kedai ini pasti membuatkan anda tersenyum riang. Terletak di Bangi Gateway yang terkenal dengan banyaknya kedai jualan pakaian, kedai ini menyediakan buku-buku terjemahan dari Indonesia, dan juga pelbagai genre menarik seperti falsafah, sejarah, rujukan agama, keibubapaan, tafsir dan banyak lagi. 

Apa yang menarik, kebanyakan buku-buku yang ada di RAMI ini, sukar diperolehi di kedai-kedai lain. Malah, terdapat satu sudut di tepi kedai yang disediakan meja dan kerusi untuk pengunjung duduk menikmati buku-buku yang dipilih. 

4. Hedley Books Cafe, Kota Bharu

Kedai ini bukanlah kedai yang menjual buku tetapi ia berkonsepkan perpustakaan mini. Terdapat deretan lebih 1,000 buah novel yang tersusun rapi di rak, terutama koleksi Harry Potter selain memiliki ruangan rehat yang unik, jubah Gryffindor yang dipakai Harry Potter bersama tongkat sakti serta rumah api menyebabkan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar di setiap sudut di premis itu. 

Selain menyediakan pelbagai mainan seperti Scrabble, pengunjung boleh membaca buku-buku yang disediakan dan merasakan pengalaman seperti di dalam dunia Harry Potter. Berangan tak kesudahnya 

5. Gerakbudaya Bookshop, Penang

Jadikan kedai buku ini antara tempat yang wajib anda kunjungi jika anda bercuti di Penang. Terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, kedai ini telah mula beroperasi pada tahun 2014. Bukan sekadar kedai buku biasa, Gerak Budaya juga merupakan penerbit yang sering menerbitkan buku bergenre yang agak serius seperti politik, ekonomi, budaya dan sosial. 

Menurut pengasasnya, Gareth Richards kedudukan kedai tersebut adalah strategik bagi menarik pengunjung yang mencintai seni, warisan dan budaya. Seperti BookXcess, Gerak Budaya juga mempunyai beberapa cawangan lain antaranya di Petaling Jaya, Selangor.

6. Dakwah Corner Bookstore, Petaling Jaya

Ada 3 cawangan Dakwah Corner Bookstore ini di Malaysia iaitu di Selangor dan Kuala Lumpur. Kedai ini sangat istimewa buat kawan- kawan yang gemar membaca buku-buku yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Mereka menyediakan pelbagai buku-buku menarik yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, misalnya Kitab Hadis 40, Raheeq Makhtum dan banyak lagi. 

Bukan hanya menjual buku-buku dari luar negara seperti karya Mufti Menk dan Nouman Ali Khan, buku-buku dari penulis tempatan juga turut disediakan. Malah, terdapat banyak buku bertemakan agama dan al-Quran yang sesuai untuk kanak- kanak. 

7. Silverfish, Bangsar

Apa yang menarik dengan kedai yang terletak di  Bangsar Village ini adalah mereka menyediakan buku-buku yang ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh penulis-penulis tempatan dalam genre falsafah, sejarah, seni, politik, biografi, fiksyen dan pengembaraan.

Buku-buku untuk kegunaan universiti juga turut disediakan di sini. Mereka turut menyediakan buku-buku international yang susah untuk dijumpai di kedai-kedai buku lain. 

8. Kedai I Am Lejen, Subang Jaya

Bukan setakat kedai buku yang menjual buku-buku indie, tetapi kedai ini juga menjual pelbagai aksesori lain seperti t-shirt dan topi. Jadi, kedai ni termasuk dalam kategori bookshop & boutique. Bagi peminat buku-buku cetakan Lejen dan Fixi misalnya, boleh dapatkan buku-buku tersebut di kedai ini. Terdapat juga beanbag yang disediakan untuk pembaca yang ingin bersantai-santai di kedai tersebut.

9. Bazaar Chowrasta, Penang

Menariknya di bazaar ini, terdapat satu aras yang dipenuhi dengan deretan kedai buku terpakai. Dari lantai hinggalah ke dinding dan seluruh kedai dipenuhi dengan himpunan buku-buku. Hanya ada ruang yang kecil untuk orang berjalan di celah-celah buku. Di sini, buku-buku yang dijual adalah buku-buku terpakai dengan harga yang sangat murah. Namun jangan risau, buku-buku yang dijual masih dalam kondisi yang baik.

10. Imanshoppe Bookstore, Seri Kembangan

Berhampiran dengan Stesen KTM Serdang, Imanshoppe ini mudah diakses oleh para pencinta buku. Imanshoppe menyediakan buku-buku yang sering dijadikan rujukan buat para aktivis dakwah di Malaysia. Namun, tidak hanya menyediakan buku-buku dari genre tarbiah (didikan agama) tapi turut menyediakan buku-buku yang berbentuk motivasi, bacaan umum yang sesuai untuk remaja dan belia. 

Selain itu, Imanshoppe juga menyediakan buku-buku dari luar negara seperti Singapore, Indonesia, Canada dan banyak lagi. Selain dari mempunyai ruang yang selesa untuk penganjuran program yang berbentuk perkongsian ilmu, Imanshoppe juga menyediakan meja dan kerusi untuk pengunjung berehat atau membuat diskusi atau perbincangan di sini.

 

Menarik bukan? Kalian semua bolehlah lihat dulu buku-buku yang ada di web mereka dan kemudian datang bertandang ke kedai mereka. Ataupun, boleh membuat pembelian secara online. Yang penting korang dapat buku yang korang nak



Okey, iklan time~~~~  

Dah tengok BIG SALE?

Rugi kalau tak tengok  

Kita buat HOTTIES ITEMS:

  • Soka Alien M  
  • Kanik Alien Tapak Hitam M  

Ada banyak warna yang menarik untuk korang pilih  

Hanya RM4.90 sepasang, best kan  

Jangan tunggu lama, stock pun terhad nak

Contects sekarang dengan link di bawah
.
www.wasap.my/60167710754
www.wasap.my/60167710754
www.wasap.my/60167710754

www.socaz.my

Sumber:



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping