Kehadiran bulan syawal bukanlah semata-mata untuk meraihkan kejayaan kita berpuasa di bulan Ramadhan, atau bulan kita membalas dendam dengan makan apa sahaja pada siang hari.
Tetapi bulan Syawal adalah bulan yang menjadi kayu pengukur sama ada puasa yang kita lakukan sebelum ini memberi kesan pada diri atau tidak.
Dalam bulan ini Allah S.W.T. telah menyediakan satu ujian lagi bagi kita , yang mana apabila kita berjaya mengatasi sedikit ujian tersebut, bermakna kita akan memperolehi pahala seolah – olah berpuasa selama setahun.
Itulah dia puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Sabda Baginda s.a.w.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” HR Muslim
Namun jangan yakin sangat. Walaupun hanya 6 hari dari 30 hari sahaja tetapi tidak semua yang berjaya mengharungi ujian ini. Hanya mereka yang benar-benar beriman dan bertakwa sahaja yang mampu berjaya.
Nak puasa 6 Syawal hati mestilah kental dan itulah kayu ukur kepada kualiti puasa kita sepanjang Ramadan yang lalu. Banyak ujian yang perlu ditempuh oleh mereka yang nekad untuk berpuasa 6 hari Syawal.
Yang penting hati mesti kuat terutama apabila mendapat undangan rumah terbuka, dijamu dengan makanan yang enak, menziarahi rumah sanak saudara atau melihat masyarakat sekeliling yang makan secara sengaja.
Hukum Puasa 6
Terdapat sedikit perselisihan pandangan antara mazhab feqah berkenaan ibadah ini. Ada yang berpandangan ia mesti dilakukan secara berturut-turut selama 6 hari dan ada juga yang berkata tidak perlu.
Memandangkan kita telah mengamalkan mazhab Syafie sebagai ikutan dalam beribadah maka menurut mazhab Syafie hukumnya sunat sepanjang Syawal, samada dilakukan secara berturut atau berpisah. Namun lebih afdal jika dilakukan secara berturut-turut. Jika tidak berkemampuan boleh diselang selikan sehingga cukup 6 hari.
Dalam pada itu sering juga timbul persoalan, bolehkah puasa 6 hari ini digabungkan dengan puasa qada (puasa ganti).
Dalam hal ini berlaku khilaf pada sebahagian ulama. Ada yang berpandangan tidak sah ibadah wajib digabungkan dengan yang sunat. Manakala ada sebahagian yang lain berpandangan sah namun pahala yang diperoleh tidak sempurna.
Bagi mazhab Syafie mengikut pendapat yang muktamad, afdal seseorang itu menjadikan puasa qada berasingan dengan puasa 6 pada bulan Syawal. Namun begitu, menggabungkan puasa qada dengan puasa sunat 6 Syawal tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.
Walau bagaimanapun menyegerakan qada puasa adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak. Oleh itu bagi keluar dari khilaf, seeloknya diasingkan puasa tersebut. Buatlah qada puasa dahulu dan kemudian barulah niat puasa sunat 6 Syawal.
Antara kelebihan puasa 6 Syawal ialah:
1. Berpuasa selama setahun
Sabda Baginda s.a.w.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” HR Muslim.
2. Menguatkan hubungan dengan Allah
Dalam sebuah hadis Qudsi yang agak panjang, Allah S.W.T. berfirman,
“Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri beribadah) kepada Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku wajibkan kepadanya. Dan senantiasalah hamba Ku bertaqarrub kepada Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya…” HR Bukhari
3. Pelengkap amalan fardhu
Hadis Qudsi, firman Allah S.W.T.
“Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat, Baginda s.a.w. bersabda, “Allah berfirman kepada para malaikat Nya sedang Dia lebih mengetahui, Lihatlah pada solat hamba Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih kurang? Sekiranya sudah sempurna maka tulislah sempurna.
Sekiranya masih kurang,” firman Nya,
“lihatlah adakah ada pada hamba Ku itu amalan-amalan sunat”. Sekiranya ada firmannya, “sempurnakanlah bagi hamba Ku itu amalan fardunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu” HR al-Hakim
4. Dimasukkan ke dalam syurga
“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk -pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan berkata,
“salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)” az-Zumar: 73
Begitulah ganjaran bagi orang berpuasa 6 Syawal dan membuktikan takwa serta keimanannya kepada Allah. Wallahu a’lam.
WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
- KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100)
- HANDSOCK AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
- HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://mykmu.net/2021/05/15/4-kelebihan-utama-puasa-6-hari-di-bulan-syawal/