icon-search

KENALI PERSONALITI KITA MENGIKUT WARNA STOKIN YANG DI PAKAI

KENALI PERSONALITI KITA MENGIKUT WARNA STOKIN YANG DI PAKAI
Setiap orang mesti ada warna kegemaran masing-masing. Kalau nak beli barang mesti akan cari warna favourite dulu. Betul tak? Tapi tahukah anda warna boleh mempengaruhi kehidupan dan karakter seseorang. 

Hari ni anda pakai stokin warna apa? Tahu tak setiap warna stokin kita pakai ni mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakainya.


Jom sama-sama kita ketahui personaliti seseorang mengikut pada warna stokin yang di pakainya;

1) Stokin bewarna Putih

  • Ketahui lah jika anda suka memakai stokin bewarna putih bermaksud anda seorang positif, bersikap matang, tenang, dan optismitik. Selain itu, anda juga seorang yang simple dan inginkan gaya hidup yang bebas dan sederhana. Anda juga seorang yang bersih dan amanah.

2) Stokin bewarna Hijau

  • Jika anda suka memakai stokin bewarna hijau bermaksud anda seorang yang berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam setiap keadaan. Anda juga suka membantu orang lain dan sentiasa membuat keputusan dengan jelas walaupun hanya dari pandangan mata sahaja.

3) Stokin bewarna Hitam

  • Jika anda suka akan stokin bewarna hitam ketahuilah bahawa anda seorang yang simple tetapi anda keras kepala. Anda mempunyai semangat yang kuat dan yakin pada diri dan sentiasa berdisiplin. Anda juga kelihatan matang dan bersahaja. Tidak suka kan perkara yang merumitkan.

4) Stokin bewarna Biru

  • Anda seoarang yang kreatif dan akan kelihatan tenang sekali. Anda juga seorang yang rajin dan penuh dedikasi. Selain itu, anda digambarkan sebagai seorang yang peka akan perasaan orang yang berada di sekelilingnya. Kebanyakan orang yang suka warna biru ini amat dihormati dan dikagumi oleh orang ramai. 

5) Stokin bewarna Merah

  • Jika anda suka memakai stokin bewarna merah bermaksud anda seorang yang berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain. 

6) Stokin bewarna Merah Jambu

  • Jika anda gemar memakai stokin bewarna merah jambu bermaksud anda seorang yang baik hati, lembut, penyayang dan juga mudah simpati dengan orang. Anda juga suka membantu orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.

7) Stokin bewarna Kuning

  • Jika anda suka memakai stokin bewarna kuning anda seorang yang berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Anda juga, bersikap spontan dan bijak untuk berkomunikasi kerana memiliki banyak idea.

8) Stokin bewarna Ungu

  • Okay jika anda suka memakai stokin bewarna ungu pula bermaksud anda seorang yang berkejaya dan sangat berpositif dalam apa jua keadaan. Anda juga sangat aktif dan bersikap penyayang. peminat warna ungu ini sentiasa menganalisis dan memerhati apa sahaja yang berlaku dalam perjalanan hidupnya. 

So, harini korang pakai stokin warna apa ? Sama tak personaliti korang dengan warna stokin yang diapakai ? Lepasni dah boleh dah pakai stokin mengikut warna yang boleh melambangkan personaliti korang hari itu. Heheh Selamat Mencuba   

www.socaz.my

Sumber:

http://maidailystory.blogspot.com/2017/03/warna-melambangkan-personaliti-diri-kita.html

http://apps.bheuu.gov.my/puspanita/index.php/tips-puspanita-bheuu/130-sharing-is-caring/tips/warna-dan-personaliti-kita/143-warna-dan-personaliti-kita





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping