Haiwan peliharaan ialah haiwan yang dipelihara sebagai peneman pemiliknya. Haiwan peliharaan yang paling digemari ialah haiwan yang setia, suka bermain, menarik perhatian dan comel. Boleh dikatakan majoroti masyarakat hari ini mempunyai haiwan peliharaan sendiri. Tidak kisahlah haiwan jenis apa pun, asalkan boleh menggembiraan hati pemiliknya
Antara manfaatnya untuk mempunyai haiwan peliharaan dalam hidupan anda ialah:
- menjadi lebih bertanggungjawab
- meningkatkan keyakinan diri
- diri menjadi lebih aktif
- belajar menjadi lebih disiplin
- pemilik lebih rasa gembira
- melahirkan sifat kasih sayang
MENJADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
Haiwan peliharaan akan membangunkan rasa tanggungjawab dan sikap prihatin terhadap orang lain di peringkat awal kehidupan kanak-kanak. Haiwan memerlukan penjagaan dan perhatian setiap masa.
Mereka bergantung sepenuhnya kepada manusia dalam memberi makan, menghibur mereka, dan menjaga mereka. Belajar bagaimana untuk bertanggungjawab bagi makhluk lain akan membolehkan anak-anak muda untuk lebih menjaga diri mereka sendiri juga.
MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
Nilai tanggungjawab yang disemai juga akan membina keyakinan diri, terutamanya kanak-kanak. Jika mereka berjaya menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik, mereka akan berasa gembira dan perkara ini juga boleh dianggap sebagai pencapaian dan kejayaan untuk mereka.
DIRI MENJADI LEBIH AKTIF
Interaksi dengan haiwan peliharaan akan membuatkan anak anda menjadi lebih aktif dan cergas. Dalam menjaga haiwan peliharaan juga banyak aktiviti fizikal yang akan dilakukan anda anda dan menyebabkan mereka bergerak aktif dan sihat. Ia juga dapat menghindari penyakit seperi penyakit cardiovascular
BELAJAR MENJADI LEBIH DISPILIN
Apabila membesar dengan haiwan kesayangan, kanak-kanak belajar banyak tentang disiplin. Ada juga mengatakan bahawa kucing mampu mendisiplinkan pemilik mereka secara semula jadi. Terdapat banyak sebab-sebab yang kukuh mengapa kanak-kanak mendapat manfaat daripada memiliki haiwan peliharaan. Terdapat banyak kemahiran hidup mereka belajar hasil daripada menjaga makhluk yang lain.
PEMILIK LEBIH RASA GEMBIRA
Ajaibnya, haiwan kesayangan ini akan membawa ketenangan kepada tuannya dalam apa jua keadaan tanpa sebarang syarat.
Mereka yang memelihara haiwan peliharaan dapat mengisi hati mereka dan membuatkan bukan sahaja tersenyum, bahkan ketawa terbahak-bahak. Dengan hanya lima minit bersama haiwan peliharaan, dapat meningkatkan keluaran endorfin dan dopamines
MELAHIRKAN SIFAT KASIH SAYANG
Islam dan agama lain mengajar penganutnya supaya kasih dan sayang kepada haiwan. Walaupun haiwan tidak punya akal, namun ia masih mempunyai hati dan perasaan. Apabila kita memelihara haiwan peliharaan, secara tidak langsung, kita akan menyayanginya.
Cop, cop, cop
Ikklan jap,
Hai sis
Sales 7.7 still Onzz‼️
Jom dapatkan STOKIN ALIEN ini dengan harga promosi
Sis akan dapat 10% diskaun untuk setiap pasang
Apa yang sis akan dapat untuk sales 7.7 ni ❓❓
🌈 Campur2 pembelian handsock dan stokin
🌈 Boleh pilih warna dan design yang sis minat (still sis dapat 10% diskaun)
🌈 Free postage ke SM untuk pembelian 7 pasang
🌈 Add on RM8 SAHAJA postage ke Sabah sarawak untuk pembelian 7 pasang
Rugi sangat kalau sis tak grab stokin dan handsock waktu sale 7.7 ini😱
Nak sales 7.7 ni❓❓
Klik link ni👇
www.wasap.my/60167710754/10%diskaun
www.wasap.my/60167710754/10%diskaun
www.wasap.my/60167710754/10%diskaun
www.socaz.my
Sumber:
https://mediapermata.com.bn/kebaikan-membela-binatang-di-rumah/