Lagi 53 hari kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan.
Sudah bersediakah anda???
Disini saya ingin kongsikan bersama anda beberapa persediaan yang anda boleh lakukan sebelum tibanya bulan ramadhan yang barakah.
1. Meningkatkan kualiti beribadat dan lakukan ibadah tambahan.
Dalam beribadah, kita haruslah sentiasa berusaha untuk memastikan ibadah kita itu sempurna dan lakukan ibadah tersebut dengan sebaiknya. Disiplin dalam beribadah adalah penting tapi kita sering leka dengan hal tersebut. Maka, gunakan hari yang berbaki 53 ini untuk anda disiplinkan diri untuk meningkatkan kualiti ibadah anda dan lakukan ibadah tambahan yang lain seperti membaca al-quran, berzikir, berpuasa sunat dan berpuasa ganti.
2. Kawal dan elakkan daripada melakukan perkara negatif
Kita perlu mempersiapkan diri kita dengan sebaiknya sebelum tibanya ramadhan. Kita perlu berusaha menjauhkan diri daripada perkara negatif yang kita nampak hal tersebut sebagai hal kecil sebagai contoh bergosip, mahupun bersangka buruk. Apabila kita sudah terbiasa melakukan hal-hal positif nescaya kita mampu untuk menjadi seseorang yang lebih baik semasa ramadhan dan hari-hari seterusnya.
3. Berpuasa lebih awal
Berpuasa lebih awal seperti melazimi puasa sunat atau berpuasa ganti mampu melatih tubuh anda sebagai satu persediaan untuk berpuasa pada bulan ramadhan nanti. Apabila anda berpuasa awal, tubuh anda tidak merasa terlampau lemah atau penat ketika ramadhan kerana tubuh anda sudah terbiasa dengan keaadaan tersebut.
4. Menjaga waktu tidur dengan betul
Berusaha menjaga pola tidur anda dengan sebaiknya kerana hal ini mampu memudahkan anda untuk bangun bersahur. Amalkan tidur awal, maka mudah untuk anda bangun awal dan bertahajud.
5. Pastikan kesihatan berada dalam keadaan baik
Kesihatan diri perlulah dijaga dengan sebaiknya. Tubuh yang sihat dapat membantu anda untuk berpuasa dengan baik di bulan ramadhan. Jika anda mempunyai masalah kesihatan tertentu, rujuk doktor dahulu sebelum anda berpuasa supaya tidak berlaku kemudharatan kepada tubuh anda.
Ayuhlah sama-sama kita melakukan persediaan yang sebaiknya sebelum tibanya bulan ramadhan. Hal ini bagi membiasakan diri kita untuk menjalani ibadah puasa dan mendisiplinkan kita untuk hari-hari yang mendatang.
"Ya Allah Berkatilah Kami Pada Bulan Rejab dan Syaaban dan Sampaikanlah Kami Ke Bulan Ramadhan"
Sumber:
my.theasianparent.com