Masalah kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Lebih-lebih lagi jika kemurungan yang dialami tidak disedari oleh diri sendiri. Ini secara tak langsung membuatkan orang di sekeliling anda juga tidak tahu akan keberadaan diri anda, yang telah terbukti sangat berbahaya dan mengundang padah. Jika anda atau orang yang anda kenal mempunyai 5 tanda-tanda kemurungan tersembunyi ini, jangan teragak-agak untuk berbuat sesuatu.
1. Hilang minat terhadap perkara yang digemari
Apa yang selama ini membawa kegembiraan kepada anda, namun kini tidak lagi. Anda berasakan seperti anda sedang menantikan sesuatu, tetapi anda tidak pasti benda apa. Dan pada masa yang sama anda menyedari bahawa hidup anda terus berlalu begitu sahaja.
2. Melakukan perkara yang tidak menjadi kebiasaan
Bagi mereka yang mengalami kemurungan yang tidak disedari, tak semua berkelakuan dengan cara yang sama. Anda mungkin mendapati diri anda mengubah gaya hidup dan atau menjadikan sesuatu yang di luar norma sebagai berat, berjalan-jalan di taman, membeli belah dan lain-lain.
3. Mempunyai tabiat makan dan tidur yang tak normal
Tidak normal di sini bermaksud insomnia atau keletihan yang berterusan. Malah, hilang selera makan atau sentiasa berasa lapar, merupakan tanda-tanda anda kemurungan. Anda biasanya akan meyakinkan diri anda bahawa anda boleh mengawal amalan harian yang "biasa" ini, tapi cara yang anda lakukan ini adalah tidak sihat.
4. Rasa fobia ditinggalkan
Bagi mereka yang mengalami kemurungan, mereka akan berasakan bahawa mereka sebagai satu beban kepada orang yang tersayang. Mereka biasanya tidak akan mendedahkan bahawa dalaman mereka sedang terseksa kerana bimbang tekanan seperti ini akan membuatkan orang yang mereka sayang meninggalkan mereka.
5. Bersungguh-sungguh untuk kelihatan gembira
Ini adalah salah satu tanda besar bahawa seseorang itu mengalami kemurungan. Kemurungan bukan sahaja sejenis mood, tapi ia merupakan kuasa yang sangat kuat yang mampu mengubah tingkah laku anda. Emosi sebenar disembunyikan dan memaksa tingkahlaku yang sangat ceria ketika berinteraksi dengan orang lain kerana mereka tidak mahu sesiapa pun berasa sedih atau tak selesa.
WOW! SOCAZ ada buat 12.12 SALE !!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Original New Edition
- SEMUA jenis handsock
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber:
https://iluminasi.com/bm/10-tanda-tanda-anda-mengalami-kemurungan-yang-tak-disedari.html