MOTIVASI adalah salah satu resipi untuk berjaya, kunci kejayaan, matlamat dan impian semua orang.
1) Kenali potensi diri
Dalam setiap usaha yang kita dilakukan, pastikan kita sedar yang kita juga berpotensi untuk mencapai matlamat kita sendiri.
Sebagai contoh, kita ingin menjadi ahli sukan seperti Datuk Lee Chong Wei tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk bermain badminton, mungkin agak sukar untuk berjaya dalam bidang ini.
Bagaimanapun, sekiranya kita mempunyai bakat membaiki kereta dan motosikal, kita boleh membuka bengkel kereta atau motosikal kita sendiri dan belajar dari mereka yang telah berjaya untuk lebih mengenali potensi diri kita ini.
2) Berkeinginan kuat
Motivasi yang kuat boleh hadir hasil daripada keinginan kita yang kuat dan luar biasa. Kita mestilah mempunyai keinginan yang kuat sebagai pemangkin untuk menempuh apa jua situasi sulit yang bakal melanda. Ia umpama peransang untuk kita mengorak langkah sekiranya langkah kita terhenti seketika.
Apabila kita berfikiran bahawa keinginan kita kian pudar, cuba lihat kembali impian dan matlamat kita yang kita impikan sebelum ini. Ia bakal menyegarkan kembali keinginan dan terus menuju ke destinasi kejayaan yang diimpikan.
3) Tahu arah tujuan
Tiada lagi kata-kata semangat yang dapat membantu kita jika kita tidak tahu tujuan kita melakukan sesuatu usaha. Kita kena tahu dan kenali tujuan kita dengan jelas dan tetapkan sasaran kita.
Bila ada tujuan yang jelas boleh menjadikan sumber inspirasi terbaik dan sebagai peransang menghadapi kesulitan dikemudian hari. Ia juga membantu kita melakukan sesuatu yang dipandang mustahil bagi golongan manusia yang normal.
Bila kita fikir kita telah tiada semangat untuk meneruskan perjuangan, cuba renung kembali tujuan kita yang mula-mula dan insya-ALLAH motivasi diri akan kembali dengan serta-merta.
4) Berani menempuh cabaran
Kebanyakan orang gagal pada peringkat ini. Setelah menempuh beberapa cabaran, mereka akan berhenti mengejar kejayaan. Meski pun sering diketengahkan oleh pakar motivasi bahawa kita perlu berani menempuh cabaran sebagai bayaran sebuah kejayaan, ramai yang terkandas di sini.
Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran kita untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.
5) 'Hapus’ kisah silam
Mahu atau tidak untuk kita kekal bermotivasi, kita perlu padamkan kisah silam kita yang pernah kita lalui dulu. Pemusnah motivasi paling bahaya adalah kisah silam kita sendiri. Ia boleh menjadi beban bahu yang berat untuk kita memikulnya.
Bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh kita tinggalkan. Kita mungkin pernah mengecewakan orang lain suatu ketika dahulu. Tetapi itu kisah dulu dan kita tidak boleh ubah apa-apa pada hakikatnya.
Artikel berkaitan: Pakar motivasi ini kongsi tip emas parenting supaya anak ‘menjadi’
Apa yang kita harus lakukan adalah padamkan kisah silam kita dan lakukan permulaaan yang baru. Jadikan kesilapan dahulu sebagai tauladan dan tidak kira seteruk mana masa silam kita, masih ada masa depan yang cerah menanti jika kita berani meneruskan perjalanan.
Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M
- Stokin Soka Original New Edition
- Stokin Calista
- Lily Handsock
Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
www.socaz.my
Sumber:
https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/5-tip-motivasi-untuk-berjaya/