Pasti ada hari yang dimana kita rasa kita tidak bersemangat mahupun terkadang kita rasa terus hilang semangat. Jadinya di sini saya kongsikan tips untuk sentiasa kekal bersemangat.
1. Jaga "Circle"
Pemilihan rakan ataupun orang sekeliling kita amatlah penting. Jika kita memilih untuk berada dalam circle yang positif, kita akan lebih bersemangat kerana orang-orang yang positif akan sentiasa membantu dan memberikan semangat kepada kita berbanding orang yang negatif. Orang-orang yang negatif lebih gembira melihat kita jatuh berbanding sama-sama bangun berjaya bersama-sama kita. Maka, pemilihan circle itu amatlah penting, rapatkan diri anda dengan orang-orang yang positif dan selalu bersemangat. Saling menbantu supaya sama-sama berjaya.
2. Selalu baca kata semangat.
Pernah tak anda rasa sangat-sangat "down" tapi tak tahu nak buat apa? nak bercerita dengan orang pun anda taknak. Anda lebih selesa untuk simpan sendiri masalah anda. Tapi hal macam ini terkadang akan membuat kita lagi berasa "down". Maka, anda boleh baca kata-kata semangat di laman-laman sesawang kerana pasti ayat-ayat tersebut mampu mengubah pemikiran anda dan seterusnya membuatkan anda untuk lagi bersemangat.
3. Selalu bayangkan impian
Setiap orang pasti ada impian mereka tersendiri. Bayangkan impian anda tersebut, selalu fikir yang anda boleh mencapai impian anda kerana hal tersebut mampu membangkitkan semangat anda untuk mencapai impian anda. Tiada hal yang mustahil. "You Never Fail until You stop Trying".
4. Lukis dan sebut impian.
Anda boleh senaraikan impian anda dan tampal ataupun letak di tempat yang anda selalu akan berada ditempat tersebut sebagai contoh tampal senarai tersebut di cermin. Maka, setiap kali anda melihat cermin anda akan nampak impian anda itu dan menjadikan anda lebih bersemangat untuk memperolehnya.
5. Tekad dan buat
Ini adalah hal yang penting. Kita nak impian kita itu tercapai maka kita haruslah tekad untuk dapatkan impian tersebut. Terus berusaha sehingga anda memperolehnya.
6. Dekat dengan Allah
Sentiasa dekatkan diri anda dengan allah kerana Allah maha mengetahui kemampuan kita sebagai hambanya. Sentiasa bersangka baik dan yakin dengan allah. Hal tersebut akan membangkitkan semangat kita apabila kita selalu bersangka baik dan yakin dengan Allah.