Sebagai manusia biasa, kita mesti bimbang apabila usia makin meningkat, kulit kita mungkin kehilangan kelembapan, kusam malah tidak bermaya. Betul tak? Sebenarnya pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan awet muda tetapi kesibukan tugas harian kadang-kadang membantutkan usaha kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Jom baca sehingga habis untuk mengetahui bagaimana untuk kekal awet muda.
1. Tidur
Untuk pengetahuan semua, tidur amatlah penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tempoh tidur yang baik ialah sehingga enam ke lapan jam setiap hari.
2. Cara Berjalan
Penting untuk kita berjalan dengan betul. Ada yang berjalan terbongkok-bongkok, ada yang jalan tertunduk-tunduk, ada yang laju teramat, malah terlampau perlahan pun ada. Kalau kita berjalan turun bukit, pasti kita akan cuba tegakkan badankan? Hah, berjalan tegak tetapi tidak mendada. Lagi satu berjalan juga satu senaman yang amat bagus untuk jantung.
3. Minum Air
Kita dikehendaki mengamalkan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Percayakah dengan minum air kosong atau air putih sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit? Sebelum ini, satu eksperimen telah dilakukan oleh seorang wanita, Sarah Smith, yang menderita sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman. Doktor memintanya minum air air sehingga tiga liter sehari supaya badannya berfungsi dengan baik. Selepas mengambil air kosong sebanyak tiga liter sehari selama sebulan, wajah wanita jelas kelihatan lebih muda malah sihat.
4. Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran
Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Ulam-ulaman tempatan seperti daun pegaga, kacang botol, timun juga baik untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, avokado kaya dengan antioksida dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan system imunisasi, melambatkan proses penuaan dan menggalakkan system saraf yang sihat. Jadikanlah ia sebagai amalan harian anda!
5. Tidak Merokok
“Merokok menyebabkan kerosakan pada rambut dan kulit yang membuat anda jauh lebih tua dari usia sebenarnya. Menghalang kulit mendapat cukup oksigen dan nutrisi,” ujar dermatologist dari Sri Balaji Action Medical Institute, Dr. Nipun Jain. Merokok bukan sahaja merbahayakan kesihatan bahkan juga mampu merosakkan struktur kulit. Berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
6. Tangani Tekanan
Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi kesihatan badan anda. Teorinya muda sahaja, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan. Bagi yang Islam, banyakkan membaca Al-quran, cuba jadikan ia sebagai rutin, nescaya hidup anda akan bertambah baik malah diberkati.
7. Bersenam
Cuba penuhkan aktiviti pada setiap hujung minggu dengan melakukan aktiviti beriadah yang boleh mengeluarkan penuh seperti bersenam, yoga, pilates, zumba serta pelbagai lagi yang mudah bagi anda. Bersenam dapat meningkatkan kecekapan kebanyak organ tubuh manusia, menyihatkan tubuh badan serta otak akan menjadi cerdas. Sebenarnya memang banyak kebaikan bersenam, jadi daripada menghabiskan cuti hujung minggu dengan tidur apa kata berubah kepada bersenam pula, bukan lama minima 30 minit 3 kali seminggu.
Sekian sahaja tips untuk hari ini, semoga bermanfaat :)