BILA dah tengah lapar sangat, kita kadang kalanya terlalu tergesa-gesa untuk menjamu selera sehingga terlupa untuk menunggu makanan atau minuman itu sejuk sedikit tambahan pula jika ia baru sahaja dimasak.
Akibatnya, lidah atau bahagian lelangit mulut pasti akan terasa panas seolah terbakar atau melecur. Lebih teruk lagi jika tahap melecur yang agak serius, kita mungkin menghadapi kesukaran untuk berbual dan pastinya keadaan itu akan mengganggu keselesaan kita menjalani kehidupan seharian.
Jadi, apa yang perlu kita lakukan?
5 TIPS MERAWAT LELANGIT YANG MELECUR
1. Minum air sejuk
Segera minum air sejuk selama 10 minit jika anda mendapati lelangit mulut anda berasa terbakar.
Air sejuk bukan sahaja membantu meredakan sensasi terbakar di dalam mulut tetapi juga dapat mencegah kerosakan pada lapisan bahagian dalam mulut.
2. Madu
Madu memiliki sifat antimikrob. Madu dapat memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme berbahaya, dapat mencegah jangkitan dan membantu proses penyembuhan luka.
3. Susu dan Yoghurt
Susu dan yoghurt dapat mengurangkan rasa tidak selesa di mulut, anda juga boleh minum susu sejuk atau yoghurt. Kedua-duanya dapat memberi lapisan pada kulit yang terbakar bagi mencegah iritasi dan rasa gatal.
Selain itu, ia juga dapat mengatasi luka dan amat berguna dalam proses penyembuhan.
4.Daun Pudina
Betull tu!! Daun pudina dapat merawat lelangit yang melecur kerana ianya mengandungi methanol yang dapat mengurangkan rasa terbakar di dalam mulut.
Tanaman ini juga penuh dengan kandungan antibakteria dan juga dapat mengurangkan jangkitan.
Korang boleh menyapu ubat gigi dengan kandungan pudina pada lelangit mulut atau makan gula-gula berperisa pudina untuk atasi sensasi mulut terbakar.
5.Minyak Vitamin E
Rawatan terakhir!!! Vitamin E boleh membantu meredakan rasa terbakar di mulut dan memulihkannya.
Korang hanya perlu menyapu minyak ini pada bahagian mulut yang terasa terbakar.
Rasa terbakar pada lelangit mulut ini selalunya akan pulih setelah satu minggu. Namun, jika ia tidak pulih setelah 10 hari, sebaiknya korang segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat.
Semoga bermanfaat!!!!!
Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Kanik Tapak Hitam Original ke? Selesa tau😍
Betul ker lembut dan selesa? Belum cuba belum tahu:
- Stokin Kanik Tapak Hitam Original L (RM 12)
- Stokin Kanik Tapak Hitam Original M (RM 9)
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=149959