Terdapat sesetengah individu yang tidak perlu melakukan apa-apa untuk memperbanyakkan kuantiti susu di badan dan mereka memperolehi susu dalam jumlah yang melimpah ruah dengan mudah. Kita boleh menganggap ia sebagai rezeki bayi tersebut untuk menyusu sehingga cukup usia 2 tahun.
Namun, tidak dinafikan terdapat sesetengah individu yang mengalami kesukarang untuk memperolehi susu badan. Sama ada susu yang keluar hanya dalam jumlah yang sedikit atau mungkin tidak ada susu yang keluar langsung.
Sudah tentu perkara sebegini mendatangkan tekanan kepada individu yang bergelar ibu, bukan? ππ
Jangan risau, di sini kami akan kongsikan beberapa petua dan cara untuk banyakkan susu badan yang boleh si ibu amalkan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu si ibu mengatasi masalah yang mereka hadapi sekarang.
Selamat mencuba!
9 cara banyakkan susu badan
1. Kerap menyusu
Antara cara untuk banyakkan susu badan yang kerap didengar adalah dengan memastikan anda menyusukan bayi dengan lebih kerap. Jumlah kekerapan yang disarankan adalah dalam lingkungan 10 hingga 12 kali sehari (iaitu dalam tempoh 24 jam).
Ini kerana perbuatan ini dipercayai dapat merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan lebih banyak susu.
2. Bawa bertenang
Tekanan yang anda alami apabila berdepan kesukaran untuk memperolehi susu badan boleh dianggap sebagai punca penghasilan susu anda terganggu dan berkurangan. Sebaiknya, apabila hendak menyusukan bayi atau sedang menyusukan bayi, pastikan anda dalam keadaan yang bertenang dan sentiasa berfikiran positif.
3. Posisi dan kedudukan
Memastikan anda berada dalam posisi dan kedudukan yang betul sepanjang tempoh menyusukan bayi anda. Ianya juga boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk banyakkan susu badan. Tentukan posisi anda dan bayi adalah dalam keadaan yang betul dan selesa.
4. Perbanyakan minum air
Ini merupakan petua dan cara untuk banyakkan susu badan yang paling penting dan wajib untuk dilakukan. Anda perlu memperbanyakkan minum air, jika tidak sudah tentu susah bagi anda untuk menghasilkan susu yang banyak.
Air kosong, okay? Bukan air manis atau air berkarbonat. π«
5. Supply dan demand
Anda perlu tahu apakah maksud supply dan demand dalam konteks penyusuan ini, iaitu semakin banyak susu yang dikeluarkan, bermakna semakin banyak susu akan dihasilkan. Jadi kesimpulan yang mudah, susukan bayi anda sekerap yang mungkin apabila dia mahukan susu.
6. Ada jadual ke?
Sebenarnya tidak pernah wujud pun jadual untuk menyusukan bayi, cuma yang ada hanyalah jadual untuk mengepam susu. Jadi susukan bayi anda pada bila-bila masa yang diingininya. Tak perlu pun mengikut jadual.
7. Pam susu badan
Rajinkan diri anda untuk mula mengepam susu badan seawal ketika masih dalam pantang. Hal ini dilakukan untuk membantu memastikan bahawa stok susu akan sentiasa ada dan cukup untuk si bayi.
Pastikan susu perahan disimpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku atau freezer box (jika anda mempunyai kemampuan untuk membelinya). Jangan lupa untuk labelkan dengan tarikh.
Kerajinan anda mengepam susu badan juga dapat membantu mengosongkan payudara. Ini dapat menghindari daripada berlakunya masalah susu bengkak, yang cenderung mengakibatkan ibu mengalami demam atau masalah kesihatan lain.
8. Pemakanan
Sememangnya susu ibu yang pekat adalah berkualiti dan pastinya dapat membuatkan bayi menjadi lebih kenyang.
Cara untuk banyakkan susu badan si ibu, anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang sihat yang berfungsi sebagai penggalak susu atau milk booster dalam diet pemakanan seharian anda.
Walaupun makanan berikut tidak diuji secara saintifik, tetapi tidak salah untuk mencuba. Antara makanan yang boleh anda ambil sebagai penggalak susu adalah seperti kurma dan madu, sayuran berdaun hijau, biji halba, lobak putih dan lobak merah
Setiap hormon dalam badan individu adalah berbeza. Jadi mungkin terdapat makanan yang berfungsi penggalak susu bagi individu tertentu, tetapi tidak berkesan kepada anda.
Apa yang penting adalah anda harus mencuba dan melihat dahulu keberkesanan serta kesesuaiannya. Selamat mencuba !!
9. Mengurut
Akhir sekali , cara untuk banyakkan susu badan ini mungkin tidak dapat dibuktikan secara saintifik tetapi tidak salah untuk mencuba, kan? Cara yang boleh anda lakukan adalah dengan mengurut perlahan kawasan payudara dan belakang badan anda.
Ia dipercayai berkesan untuk penghasilan susu badan yang lebih baik.
Anda juga boleh dapatkan bantuan daripada suami atau ahli keluarga seperti ibu anda untuk membantu mengurut anda jika anda mendapati sukar untuk mengurut sendiri.
Jika berkemampuan, anda boleh dapatkan khidmat bidan (midwife) yang berpengalaman dan boleh mengurut.
Ada masanya tidak dinafikan, setelah mencuba dan melakukan pelbagai cara dan petua, kita akan berasa putus asa dan tertekan. Bersabarlah dan jangan pernah putus asa.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, bukan? Jika petua dan cara banyakkan susu badan yang dikongsikan masih tidak dapat membantu anda, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar yang bertauliah. Teruskan mencuba! π₯°π₯°ππ»ππ»
Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Essential Aztec? Selesa dan ada mempunyai corak segi tiga yang menarik !! ππ
Betul ker comel dan selesa? Belum cuba belum tahu:
- Stokin Soka Essential Aztec (RM 12.00)
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penyusuan/cara-banyakkan-susu-badan-boleh-diamalkan/