icon-search

TIPS KEKAL SEMANGAT DALAM BERNIAGA

TIPS KEKAL SEMANGAT DALAM BERNIAGA

MUQADIMAH

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, 

saya tahu mungkin ada di kalangan kalian yang mahu mencuba untuk berniaga ataupun yang dah berniaga

tapi rasa down dan tak bersemangat dalam berniaga

lagi lagi kita sekarang di zaman covid ini

kan, ramai peniaga peniaga yang terjejas Dalam berniaga

adalah biasa jika perniagaan kita naik dan juga turun 

itu adalah salah satu sifat berniaga, dengan itu kita mestilah tak mudah mengalah dan berputus asa ataupun berhenti berniaga,


Tetapi bukan lah bermakna kita kena berhenti 

buat apa yang kita minat dan punca rezeki kita iaitu berniaga, 

jadi sebab itulah saya menulis artikel ini, saya ingin share beberapa tips dalam berniaga berdasarkan

pengalaman dan juga cerita yang dipetik dari rakan rakan saya

yang dalam satu bidang yang sama,

 

Terdapat banyak tips sebenarnya 

yang kita boleh dapat lagi lagi kita berada di zaman 

semua maklumat berada di hujung jari seperti media social akan tetapi apa yang saya nak share disini kepada

kalian adalah berdasarkan pendapat saya sendiri ye,

 

TIPS KEKAL SEMANGAT DALAM BERNIAGA.


goal


  • TUJUAN DAN MATLAMAT

Sekiranya kita ingin memulakan sesuatu

perniagaan kita mestilah meletakkan satu tujuan atau matlamat dengan itu kitakan dapat mengenal

diri kita dan tahu apa tujuan dan kenapa kita

berniaga atas sebab apa dengan itu hidup kita akan

lebih teratur dan baik. Apabila kita tengah

jatuh atau down kita akan ingat

balik tujuan kita berniaga.


images


  • MINAT BERNIAGA

Dalam berniaga bukan saja perlu ada matlamat akan

tetapi kita juga perlu minat melakukannya. Dengan minat

akan berniaga kita akan lebih seronok melakukannya. Dengan minat itu jugalah akan membuat semuanya

berjalan lancar dan berjalan dengan baik . Sehubungan dengan itu, kita mestilah faham diri kita dan tahu apa perkara

yang kita minat dan tidak.

 Rasulullah tunjukkan ibadat mampu buat


  • MENDEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN

Apabila kita hendak melakukan sesuatu

kita mestilah niatnya kerana allah s.w.t dan juga

apabila kita Lelah dan rasa

ingin berputus asa dalam melakukan sesuatu

perkara kita mestilah berserah padanya, mengadu dan bercerita lah padanya tentang masalah kamu  

dan berdoalah padanya insyallah allah akan sentiasa membantu hambanya yang dalam masalah dan kesusahan.


Mentoring Circles | EDUCAUSE


  • CIRCLE YANG POSITIF

Keluar dari circle yang negatif

dan pergi lah cari circle yang positif apabila kita berada

di kalangan orang yang sekeliling yang positif

secara tidak langsung kita juga akan

terpengaruh dalam hal hal yang positif ia akan

memberi impak yang besar kepada kita dan kekal semangat dalam perniagaan. 


cover_image.jpg.760x400_q85_crop_upscale


  • KEKALKAN MOMENTUM

Kunci dalam perniagaan untuk Berjaya ialah

mengekalkan momentum. Apabila prestasi kerja merundum maka momentum kerja kita akan turun dengan itu

kita mestilah mengekalkan momentum kerja kita agar semuanya berjalan dengan lancar.   


Keep an eye on the clock

  • MASA

Kita mesti sanggup berkorban masa untuk

berjaya. Sesetengah orang pasti akan mengorbankan masanya walaupun untuk diri

sendiri dan pasti akan kurang tidur, bersosial dan sebagainya. Pada mulanya pasti akan

berasa penat dan juga mencabar

jadinya kita mesti percaya bahawa usaha pasti akan membuahkan hasil cuma cepat atau

lambat sahaja. Jadinya jangan berhenti di pertengahan jalan.



PENUTUP

Sebagai kesimpulan dari saya tak kisahlah 

kita sehebat mana pun kita tau sekaya mana pun kita janganlah 

kita lupa untuk mendahulukan sang pencipta kita yang esa, untuk mendapatkan keredhaan darinya. Akhir sekali, itulah serba 

sedikit tips yang boleh saya berikan kepada anda di luar sana 

bagaimana untuk kekal semangat dalam berniaga, yang mana boleh di ambil dan mana yang buruk jadikan sebagai tauladan dan 

pengajaran untuk kedepanya.

 

Terima kasih sekali lagi kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel saya sehingga ke penghujung

akhir kata dari saya jangan putus asa dan mengalah setiap

apa yang kita lakukan pasti aka nada ujian dan

rintanganya jadi bersabarlah dan jangan menyerah sekian asalamualaikum w.b.t.



sumber: https://mummysupplementshop.blogspot.com/2018/05/6-tips-kekal-bersemangat-dalam-bisnes.html


Your cart is currently empty.
Continue shopping