1. Jenis Kulit
Semua orang ada jenis kulit masing-masing. Malah dalam kalangan adik-beradik pun, jenis kulit mungkin tak sama tau. Kita ada jenis kulit kering, kulit berminyak, kulit sensitif dan kulit combination. Anda perlu kenali dulu jenis kulit masing-masing, bila dah kenal jenis kulit kita ni barulah mudah nak buat pilihan skincare memandangkan ramuan dalam setiap skincare tidak sama. Ada skincare yang sesuai untuk kulit kering dan ada yang sesuai untuk kulit berminyak. Begitulah lebih kurang.
Kalau tak pasti, berjumpalah dengan ahli dermatologi untuk dapatkan nasihat.
2. Awas Si Kulit Sensitif
Kalau kulit kita jenis yang mudah gatal, merah-merah atau breakout bila kita guna sesuatu produk kecantikan atau kebersihan itu tandanya kita mempunyai kulit sensitif. Jenis kulit sensitif ni kena teliti lebih sikit bila memilih skincare. Biasanya kulit jenis ini lebih serasi dengan skincare organik, berlabel untuk kulit sensitive, hipoalergenik dan bebas dari pewangi.
3. Bebas Bahan Kimia Berbahaya
Bahan kimia terlarang seperti hidrokuinon, merkuri, paraben dan tretonoin adalah antara bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita. Elakkanlah dari memilih produk skincare yang ada kandungan ini.
Kalau nak tahu bahan-bahan kimia terlarang lagi, boleh semak di web Farmasi Malaysia. Masukkan saja nama produk di ruangan carian untuk tahu sama ada ia di’ban’ atau tidak dalam pasaran.
Ingat, tips memilih skincare yang selamat dari segi ingredients ini amat-amat penting dan perlu dititikberatkan supaya tiada kesan sampingan kepada kesihatan dan muka kita di kemudian hari.
4. Kenali bahan aktif dalam produk
Pilihlah produk dengan bahan aktif yang telah dibuktikan berkesan secara klinikal. Semak label dan pastikan kandungan bahan aktif adalah selamat dan efektif.
Ini antara bahan aktif biasa yang terdapat di dalam skincare.
Vitamin A
Membantu untuk melembap, jerawat dan dermatitis. Biasa dilabel sebagai retinoic acid, retinol atau retinyl-propionate.
Vitamin B dan B5
Melembapkan kulit, bagus untuk masalah jerawat, gatal, eczema dan sunburn. Biasa dilabel sebagai niacin, nicotinamide, panthotenic acid atau panthenol.
Vitamin C
Memperbaiki struktur kulit dengan cara mengurangkan kedutan dan kerosakan akibat cahaya matahari. Biasa dilabel sebagai L-ascorbic acid.
Vitamin E
Membantu melembapkan kulit dan membantu menghalang kedutan. Biasa dilabel sebgai Dl-alpha-tocopherol.
5. Lengkapkan dengan Moisturizer
Paling basic, lengkapkan pencuci muka yang kita beli tu dengan moisturizer. Untuk kesan lain-lain, barulah ditambah dengan toner, exfoliators (pengelupas), serum, dan krim rawatan yang lain. Yang ini lebih bergantung kepada gaya hidup kita sama ada aktif dan selalu terdedah kepada punca kerosakan kulit.
6. Baca Ulasan Pengguna sebelum Membeli
Bila sudah kaji jenis kulit sendiri, mungkin sudah ada beberapa jenama skincare yang boleh menjadi pilihan kita. Untuk memilih yang terbaik, elok juga kalau kita baca dulu review pengguna melalui internet atau dengar dari pengalaman individu itu sendiri.
Ketahui kesan sampingannya terhadap mereka jika ada. Kalau review semua bagus, maka skincare yang kita nak pilih ni produk yang bagus juga.
Saya berharap, kesemua 6 tips memilih skincare ini boleh menjadi panduan semua semasa membuat pilihan produk skincare masing-masing. Ingat bahawa jenis kulit kita masing-masing tidak sama, alergi kulit juga tidak sama. Jadi, anda kena bertenang dan membuat pertimbangan sebaik-baiknya sebelum membeli produk. Jangan terpengaruh dengan pengalaman orang lain jika sudah terbukti jenis kulitnya memang tidak sama dengan kita. Namun, meminta pandangan ahli dermatologi adalah satu cadangan yang baik supaya kita tidak tersalah tafsir tentang kulit kita sendiri.
Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Calista? Selesa dan ada banyak corak yang comelll 😍😍
Betul ker comel dan selesa? Belum cuba belum tahu:
- Stokin Calista (RM 12.00)
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari: