icon-search

7 Hal yang Wajib Dilakukan Suami Semasa Isteri Mengalami Postpartum Depression

7 Hal yang Wajib Dilakukan Suami Semasa Isteri Mengalami Postpartum Depression

Kelahiran bayi tentu menjadi kenangan yang paling dinantikan oleh pasangan yang baru sahaja dikurniakan seorang anak. Namun, masalah baru justru akan timbul apabila ibu terkena postpartum depression (PPD) usai melahirkan. Jika seorang perempuan telah mengalami depresi, maka sudah sewajarnya suami perlu membantu untuk memulihkan keadaan isterinya. Perempuan tidak boleh berjuang sendirian dalam menghadapi PPD, ianya tanggungjawab suami yang harus melakukan beberapa hal ini untuk membuat isteri cepat pulih dan kembali bahagia untuk menjalani peranan sebagai seorang ibu.


1. Mengenali situasi isteri 

Postpartum depression (PPD) memang tak akan dialami oleh semua perempuan yang baru melahirkan, namun setiap ibu berpeluang untuk mengalami PPD, apalagi jika mereka mengalami kemurungan sejak hamil. Sayangnya, kebanyakan perempuan yang terkena PPD tidak mengetahui keadaannya semasa itu sehingga tidak mampu untuk menolong dirinya sendiri. Di saat inilah bermulanya peranan anda sebagai suami harus mengenali keadaan yang dialami oleh si isteri.


Untuk mengenali keadaan isteri dengan cepat dan mendalam, ada baiknya untuk suami mempelajari berbagai hal seperti parenting sebelum isteri melahirkan bayi. Tidak hanya mempelajari tentang ilmu merawat dan membesarkan anak sahaja, suami juga perlu mengalami tahap kemurungan yang mungkin akan dialami oleh ibu selepas melahirkan anak.


2. Bersabar dan tetap bercakap dengan lemah lembut


PPD yang dialami oleh isteri tentu akan membuatkan orang di sekeliling berasa tidak selesa dan isteri akan menjadi orang yang pemarah. Walau begitu, suami harus bersabar dan memahami akan keadaan yang dialami oleh si isteri. Menahan emosi dan tetap berbuat baik dan berlemah lembut demi meredam emosi isteri tercinta.


Suami juga perlu mendorong isteri untuk terus bersabar dalam menghadapi keadaannya saat ini. Katakannya dengan lembut bahawa apa yang dialaminya akan berakhir dengan cepat dan ingatkan kepada dirinya jika ia adalah orang yang kuat. Jangan biarkan ia pesimis, sebaliknya buat isteri menjadi orang yang optimis.


3. Membantu isteri sebelum isteri meminta bantuan

 

Jika isteri mengalami postpartum depression (PPD) selepas bersalin, maka bantulah mereka untuk merawat si kecil. Kebiasaannya seorang perempuan yang terkena PPD tidak mahu menyentuh atau mengajak bayinya untuk bermain. Untuk itu, suami harus bertukar peranan sementara waktu selama isterinya sedang berjuang menghadapi PPD. Lakukan hal-hal yang boleh anda lakukan, seperti memandikan si kecil, mengganti lampin hingga mengajaknya bermain.


4. Berikan perhatian lebih kepada isteri

 

Walaupun suasana hati si isteri sedang kacau, namun suami masih perlu memberikan perhatian lebihkepada isteri tercinta. Jangan sampai isteri merasa sendirian dalam berjuang menghadapi situasinya saat ini. Berikan sepenuh perhatianmu kepadanya dengan cara menjadi pendengar serta pemberi solusi terbaik. Jangan lupa beri waktu, bila memang ister memintamu untuk memberikannya waktu sendiri.


5. Mendorong isteri untuk berkonsultasi dengan doktor

Dorong istrimu untuk berkonsultasi ke dokter. (Foto: Shutterstock) 
Mungkin isterimu akan menolak saat kamu memintanya untuk mengkonsultasikan kondisinya dengan psikologi. Oleh kerana, kebanyakan perempuan dengan PPD tidak menyedari bahawa dirinya sedang mengalami PPD. Namun, jangan menyerah sebagai suami kamu harus tetap mendorongnya untuk bercakap kepada doktor.  Postpartum depression (PPD) tidak seperti baby blues yang boleh berakhir dalam masa yang cepat, kerana isteri yang menunjukkan gejala PPD harus segera dibawa ke doktor untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.


6. Memberikan makanan nutrisi yang bergizi

Jangan lupa untuk tetap memberikan asupan nutrisi yangh baik untuk sang istri. (Foto: Shutterstock) 

Nafsu makan seorang perempuan dengan PPD akan berubah, kadangkala meningkat atau bahkan turun secara mendadak. Jika pola makan isteri berubah mendadak, maka pujuklah agar isteri tetap makan makanan yang bergizi setiap harinya.


7. Berikan isteri waktu 'me time'

Berikan istri waktu untuk sendiri. (Foto: Pixabay) 

Yang terakhir adalah, memberikan istri waktu "me time" . Bebaskan isteri daripada tanggungjawabnya dalam mengurus anak dan pekerjaan rumah tangga. Biarkan mereka melakukan hal-hal yang mereka paling gemari. Kamu juga boleh meluangkan waktu bersama dengan mengajaknya berjalan-jalan. Quality time yang kamu buat tentu dapat meningkatkan suasana hati si isteri.


Menghadapi isteri yang sedang mengalami tentu kemurungan bukanlah hal yang mudah. Namun, perhatian, sokongan, dan kasih sayang adalah perkara yang diperlukan isteri untuk menghadapi keadaannya. Yakinkan sang istri bahawa ia boleh melewati masa-masa ini. Salurkan tenaga positif kepadanya, dengan cara selalu berbuat baik dan memberi perhatian lebih.


Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Original Tapak Hitam? Selesa dan ada banyak corak yang comelll 😍😍

Betul ker comel dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Original Tapak Hitam (RM 10.00)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!


Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://review.bukalapak.com/mom/istri-alami-postpartum-depression-ppd-ini-7-hal-yang-wajib-dilakukan-suami-51972



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping