Adakah anda sedang terfikir aktiviti menarik apa yang boleh dilakukan oleh anak-anak anda semasa waktu terluang di bulan Ramadhan ini? Mari lakukan aktiviti yang seronok dan dalam pada itu kita beramal untuk pahala. Tidak rugi bukan? Daripada mencipta hingga menghias dan membaca, berikut adalah beberapa aktiviti hebat untuk mendidik anak-anak tentang Ramadan sambil membina rasa bangga dengan pencapaian mereka pada bulan yang mulia ini.
1. Buat Penanda Buku Ramadhan untuk Al-Quran
Jika keluarga anda ataupun anda suka membaca Al-Quran, berikan anak anda bahan-bahan untuk membuat penanda buku dan gunakan penanda buku tersebut untuk tandakan muka surat Al-Quran itu setiap hari dengan penanda buku khas yang mereka buat sendiri.
2. Baca Buku Kanak-Kanak tentang Ramadan Bersama-sama
Terdapat banyak buku menarik untuk kanak-kanak yang mengajar kepentingan setiap aspek tentang Ramadhan selama sebulan. Bacakan kepada anak-anak anda sebelum tidur, atau minta mereka membacakannya kepada anda. Ini cara yang bagus untuk memulakan perbualan tentang puasa, amal dan tidak mementingkan diri sendiri.
3. Buat Ketupat Kertas
Sungguh mengagumkan apa yang kanak-kanak boleh lakukan dengan beberapa kertas berwarna-warni, penanda, kilauan, gam dengan bimbingan ibu bapa. Ia adalah projek kreatif yang akan membuatkan kanak-kanak dan minda mereka sibuk sehingga berbuka puasa.
4. Buat Balang Amal
Aktiviti ini akan membuatkan anak-anak sibuk dan mengajar mereka aspek penting Ramadan pada masa yang sama. Hiaskan balang sos bersih (atau kotak kasut) dengan bahan-bahan kraf. Kemudian sepanjang bulan, biarkan mereka mengumpul wang daripada saudara-mara atau ibu bapa dan meletakkannya di dalam balang simpanan mereka. Pada penghujung bulan biarkan mereka mendermakannya kepada badan amal kegemaran mereka atau orang yang memerlukan.
5. Muat turun Aplikasi Ramadan ataupun Permainan tentang Pendidikan
Kanak-kanak (seperti orang dewasa) mempunyai kecenderungan untuk tertarik dengan telefon dan tablet mereka. Manfaatkan ini dengan mencari aplikasi dan permainan yang sesuai untuk Ramadan yang membantu mengajar erti sebenar Ramadhan yang diberkati itu.
Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!
Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contact number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://www.myus.com/blog/fun-ramadan-activities-for-kids/