icon-search

AMALAN - AMALAN UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

AMALAN - AMALAN UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

1. Memperbanyakkan diri dengan beribadah 

Allah tidak sesekali akan mensia-siakan pengabdian diri oleh hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyakkan istighfar


Istighfar adalah pengakuan dosa seorang hamba kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w.:


“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.) 

3. Meninggalkan semua perbuatan-perbuatan dosa.


Istighfar sahaja tidak mencukupi pada sisi Allah sekiranya seseorang masih membuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) 

4. Sentiasa berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) 

5. Sentiasa berbuat baik dan menolong orang yang lemah


Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

 “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari) 

6. Sentiasa menunaikan solat malam (tahajud)


Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


 

Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Original ke? Selesa tau😍

Betul ker lembut dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Original  (RM 8)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari:

https://amalandunia.blogspot.com/2013/09/amalan-amalan-untuk-mencari-keredhaan.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping