icon-search

CHECKLIST BERJAYA DALAM PERNIAGAAN

CHECKLIST BERJAYA DALAM PERNIAGAAN

Ramai orang bercadang untuk bekerja sendiri dengan cara berniaga tetapi mereka tidak tahu ape yang perlu mereka lakukan. Jom semak checklist ini sebelum anda berniaga:

1.  Nama perniagaan
Pastikan nama perniagaan anda mudah untuk di ingat dan unik. Nak lagi mudah, anda gunakan nama perniagaan anda berdasarkan prosuk yang anda mahu jual.

2. Strategi yang jitu dan berkesan
Pastikan anda merancang perniagaan anda dengan sebaiknya. Perancangan yang sempurna itu penting supaya anda tahu apa target anda. Semak setiap hala tuju anda adakah anda masih dalam "track" untuk anda mencapai kejayaan dan tujuan anda berniaga.

3. Fokus terhadap apa yang diusahakan
Fokus dengan bisnis dan target anda. Anda juga memerlukan pengorbanan dari segi tenaga, idea, kreativiti dan juga masa. Hal ini untuk memastikan anda berbeza daripada orang lain dan secara tidak langsung dapat menarik pelanggan untuk memilih prosuk anda. Maka, fokus itu penting agar anda tidak terkeluar daripada landasan "target" anda. Apabila anda fokus, lebih banyak idea yang anda akan dapat untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

4. Pemasaran yang baik
Pada era ini,pemasaran amatlah memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan kejayaan masa pendek untuk anda. Berapa ramai usahawan yang berjaya dengan mudah dalam waktu singkat? Ramai bukan. Kerana mereka menggunakan teknik pemasaran yang berkesan. Oleh hal yang demikian, teruskan untuk mencari ilmu dan teknik permasaran yang terkini agar dapat diadaptasikan kedalam perniagaan anda.

Semoga checklist ini membantu anda untuk mulakan perniagaan. Semoga anda lebih maju pada masa akan datang.

www.socaz.my 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping