icon-search

Cara Mengatasi Masalah Ulser Mulut

Cara Mengatasi Masalah Ulser Mulut

Ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan boleh jadi amat menyakitkan terutamanya jika ia berlaku pada kawasan yang terdedah dengan makanan atau gigi. Ia mungkin kelihatan kecil tapi kepedihannya kadangkala tidak tertanggung.


Ukuran ulser mulut biasanya hanya kira-kira 2 sehingga 3mm tetapi ia masih mampu untuk mengganggu rutin harian seseorang individu.


Pembentukan mata ikan di dalam mulut


Ulser mulut berlaku apabila lapisan permukaan kulit terhakis meninggalkan lapisan dalam di mana deria kesakitan akan lebih terdedah. Namun, punca kejadian yang spesifik masih belum diketahui.


Sebilangan ulser terjadi ketika kita secara tidak sengaja menggigit bahagian dalam pipi, apabila badan kekurangan air dan atas pelbagai sebab yang lain.


Dalam kes mempunyai ulser berulang, ia dapat dikaitkan dengan faktor genetik tetapi sistem kekebalan badan juga mungkin memainkan peranan.


Apa punca berlakunya mata ikan?


Ulser mulut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk:


  • Tergigit bahagian dalam pipi secara tidak sengaja
  • Kecederaan ketika memberus gigi
  • Pemakaian gigi palsu atau pendakap gigi
  • Tidak menjaga kebersihan mulut
  • Akibat melecur kerana makan makanan panas
  • Berlaku kerengsaan akibat menggunakan antiseptik yang kuat, seperti ubat kumur
  • Jangkitan virus seperti virus herpes simplex
  • Mengalami reaksi terhadap ubat-ubatan tertentu
  • Ruam kulit di mulut (lichen planus)
  • Penyakit autoimun
  • Penyakit gastrousus seperti penyakit Crohn
  • Kanser mulut

Berapa lama ulser mulut biasanya berlaku?


Luka ulser (ulser aphthous) boleh berlaku di dalam mulut seperti pada bahagian pipi, lidah serta gusi anda.


Walaupun ia menyakitkan dan menyukarkan seseorang individu untuk bercakap atau makan, ulser kebiasaannya tidak akan menyebabkan kesakitan yang berpanjangan.


Ini kerana, sebilangan besar ulser di dalam mulut akan sembuh secara sendiri dalam masa beberapa hari atau minggu, bergantung pada saiz dan tahap keparahan.


Beberapa rawatan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan ia juga boleh dilakukan di rumah.


Ini cara-cara rawatan semula jadi merawat mata ikan


1. Garam


Kadangkala, cara termudah untuk merawat masalah ulser hanya dengan menggunakan garam


Cara penggunaan:

  • Larutkan 1 sudu teh garam dalam 1/2 cawan air suam.
  • Kumur larutan ini selama 15 sehingga 30 saat, kemudian buangkannya.
  • Ulanginya setiap beberapa jam mengikut keperluan.

Membilas mulut dengan air garam mampu menjadi salah satu cara semula jadi dalam merawat masalah ini, walaupun menyakitkan, ia dapat membantu mengeringkan ulser mulut.


2. Soda penaik


Bahan ini dianggap dapat mengembalikan keseimbangan pH dan mengurangkan masalah keradangan, yang dapat menyembuhkan mata ikan.


Cara penggunaan:

  • Larutkan 1 sudu teh baking soda dalam 1/2 cawan air.
  • Kumur larutan ini selama 15 sehingga 30 saat, kemudian buangkannya.
  • Ulangi setiap beberapa jam mengikut keperluan.

Baking soda tidak akan membahayakan kesihatan anda jika ditelan.


3. Madu 


Madu terkenal dengan elemen antibakteria dan antiradang. Menurut kajian, madu berkesan untuk mengurangkan sakit, mengecilkan, dan meredakan kemerahan ulser.


Cara untuk menggunakannya cukup senang, hanya sapukan madu pada tempat yang sakit 4 kali sehari.


Namun, anda harus beringat kerana tidak semua madu diciptakan sama. Sebilangan besar madu yang terdapat di kedai runcit telah dipasteur pada suhu tinggi, yang merosakkan kebanyakan nutrien.


Madu yang tidak dipasteur dan tidak ditapis, seperti madu Manuka akan mengekalkan sifat penyembuhannya.


4. Minyak kelapa boleh melegakan mata ikan


Penyelidikan telah membuktikan minyak kelapa mempunyai kemampuan antimikroba. Ia boleh menyembuhkan ulser yang disebabkan oleh bakteria dan mencegahnya daripada merebak.


Minyak kelapa juga bersifat antiradang secara semula jadi dan dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kesakitan.


Untuk menggunakannya, sapukan minyak kelapa dengan lembut pada kawasan yang sakit. Ulangi sehingga ulser anda mulai sembuh.



5. Minum banyak air


Untuk proses penyembuhan yang lebih cepat, penting untuk memastikan badan anda cukup air dan terhidrat.


8 gelas air atau lebih setiap hari diperlukan dalam proses penyembuhan mata ikan.


Selain itu, elakkan minum kopi dan air bersoda, kerana ia dapat merengsakan lagi dan menghalang proses penyembuhan yang betul.



WOW! SOCAZ ada buat Promo Box Of Happiness!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Set Fatimah (RM 39.99)
  • Set Alien Mix (RM 69.90)
  • Set Alien Skinny (RM 69.90)
  • Set Sofea (RM 69.90) 
  • Set Alien Blackie (RM 69.90)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari:

https://hellodoktor.com/kesihatan-mulut/gusi-mulut/ulser-mulut-rawatan-rumah/





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping