icon-search

Cara Menghapuskan Dosa Mengumpat Tanpa Meminta Maaf

Cara Menghapuskan Dosa Mengumpat Tanpa Meminta Maaf

Pernahkah kita melakukan dosa mengumpat? Bagaimanakah cara untuk kita menghapuskan dosa mengumpat tersebut tanpa perlu meminta maaf? Jom ikuti blog ini sehingga habis.

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud;
"Tahukah kalian apa itu ghibah?"

Mereka (para sahabat) menjawab, "Allah dan RasulNya lebih tahu."

Kemudian Baginda bersabda, "Engkau menyebut-nyebut saudaramu tentang sesuatu yang dia benci."

Kemudian ada yang bertanya, "Bagaimana menurutmu jika sesuatu yang aku sebutkan tersebut itu memang ternyata ada padanya?"

Baginda SAW menjawab, "Jika memang apa yang engkau ceritakan tersebut ada pada dirinya itulah yang namanya  ghibah, namun jika tidak bererti engkau telah berdusta atas namanya." (HR Muslim 2589)

Ghibah atau mengumpat dalam Islam merupakan salah satu dosa yang tak terampunkan sehingga orang yang mengumpat perlu melakukan banyak cara untuk mendapatkan keampunan dari Allah SWT.

1. Meminta maaf pada orang yang diumpat

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud;

"Siapa yang pernah menzalimi saudaranya berupa menodai kehormatan atau mengambil sesuatu yang menjadi miliknya, hendaklah ia meminta kehalalalnnya dari kezaliman tersebut hari ini"

"Sebelum tiba hari kiamat yang tidak akan bermanfaat lagi dinar dan dirham. Pada saat itu bila ia mempunyai amal soleh maka akan diambil seukiran kezaliman yang ia perbuat. Bila tidak memiliki amal kebaikan, maka keburukan saudaranya akan diambil kemudian dibebankan kepadanya." (HR. Bukhari no. 2449)

Namun beberapa ulama memandang bahawa hal ini hanya dilakukan pada keadaan tertentu yang mana umpatan telah tersebar, Jika umpatan belum tersebar, maka sebaiknya tidak perlu meminta maaf kerana akan menyebabkan kerosakan yang lebih parah, seperti pemutusan hubungan silaturahim.

2. Berdoa, Memohon maaf untuk orang yang diumpati

Beberapa ulama sepakat bahawa untuk mendapatkan keampunan atas dosa mengumpat, maka dia perlu memohon keampunan atas dosa tersebut kepada Allah SWT. Sebagaimana perkataan Al-Hasan Al-Basri yang bermaksud;

"Kafarah ghibah adalah memintakan amin untuk yang dighibahi." (Al-Majmu' Al-Fatawa 3/291, Darul Wafa', Syamilah)

3. Menyebutkan kebaikan orang yang diumpati di hadapan orang yang mendengar umpatan itu

Ini merupakan salah satu cara bertaubat daripada perbuatan mengumpat. Jika dahulu yang disebutkan adalah keburukannya, maka gantilah dengan menyebutkan banyak kebaikannya. Sebagaimana Fatwa Syaikh bin Baz, beliau berkata yang bermaksud:

"Engkau sebutkan kebaikan-kebaikan yang engkau ketahui mengenai dirinya sebagai ganti keburukan yang telah engkau sebutkan."

4. Taubat Nasuha

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; 

Setiap anak adam (manusia) berbuat kesalahan, dan sebaik-baiknya orang yang bersalah adalah yang bertaubat. (HR Tirmidzi, no.2499 dan dihasankan Al-Albani dalam Shahih Al Jami' Ash Shaghir, no. 4391)

5. Banyakkan berzikir

Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"... Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar. (al-Ahzab/33:35)

Rasulullah bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa duduk di suatu tempat, lalu tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, pastilah dia mendapatkan kerugian dari Allah, dan barangsiapa yang berbaring dalam suatu tempat lalu tidak berzikir kepada Allah, pastilah mendapatkan kerugian dari Allah. (Sahih: HR. Abu Dawud (no. 4856); Sahih Abu Dawud (III/920, no. 4065) dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu)

6. Banyakkan Amalan Kebaikan

Memperbanyakkan amalan kebaikan dan niatkan pahalanya untuk prang yang diumpat. Sebagai contoh, bersedekah dan menyebut "Ya Allah, pahala sedekah ini aku sedekahkan pahalanya kepada orang yang pernah aku zalimi."

"Susuli kejahatan yang kita buat dengan kebaikan, mudah-mudahan kebaikan yang kita buat akan menghapus keburukan yang kita lakukan"

Wallahualam, Semoga bermanfaat. 


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://www.majalahlabur.com/pelaburan/apa-hukum-trade-in-emas-lama-kepada-emas-baru-tukar-emas-dengan-emas/


Sumber:

https://www.kashoorga.com/bagaimana-nak-cuci-bersih-dosa-dosa-mengumpat/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping