icon-search

Cara Menjaga Kesihatan Diri

Cara Menjaga Kesihatan Diri

Pada zaman sekarang, kita semua semakin mudah terdedah dengan penyakit berbahaya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Kadang kala penyakit ini juga datang daripada gaya hidup harian kita. Tiada siapa yang mahu sakit betul? Semua orang pasti ingin menjaga kesihatan sebaik mungkin supaya kita boleh melakukan aktiviti seharian dengan aktif.

Tetapi untuk betul-betul pastikan kesihatan kita di tahap yang baik, ada cara yang agak mahal yang boleh kita lakukan. Melakukan pemeriksaan di hospital juga ada yang mahal. Jika sakit pula kos rawatan sangat tinggi. Lebih baik mencegah daripada merawat.

1. Tidur Awal

Kita semua sedia maklum bahawa tidur awal sangat baik untuk kesihatan. Kerana itu adalah masa untuk otak dan badan berehat sepenuhnya. Dalam masa yang sama juga, tidur juga merupakan waktu yang sangat berkesan untuk membaik boleh badan kita. Jika kita amalkan waktu tidur yang tidak menentu, ia boleh mendatangkan mudarat kepada kita lambat laun. Jadi penting kita tidur dan bangun mengikut masa. 

2. Sarapan Pagi

Walaupun kita bangun lambat dan tergesa-gesa, jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi. Ianya sangat penting untuk badan kita. Kebiasaan orang yang tidak bersarapan pagi ini mereka akan berasa sangat lapar pada tengahari dan malam. Dan jika makan pada waktu malam, ia akan menganggu proses rehat badan kerana badan terpaksa bekerja untuk mencerna makanan waktu malam. Secara tidak langsung, makanan akan disimpan sebagai lemak.

3. Senaman

Sebenarnya tiada alasan untuk anda tidak bersenam. Senaman boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Di rumah juga boleh. Ambil masa paling kurang hanya 30 mini di siang hari. Asalkan badan anda mengeluarkan peluh dan membakar kalori yang terkumpul di dalam badan. Anda boleh melakukan senaman seperti lari di dalam rumah, lompat tali dan sebagainya.

4. Jaga Pemakanan

Tidak semua suka makan sayur betul? Tetapi semua sedia maklum bahawa sayur merupakan makanan yang paling mudah kurus dan sihat. Selalunya sesiapa yang mempunyai keinginan untuk kurus mereka akan mulakan dengan mengubah cara pemakanan dan sayur menjadi makanan yang wajib makan. Dalam masa yang sama. anda perlu kurangkan pengambilan gula dan garam.

5.  Ambil Makanan Tambahan

Cara ini mungkin memerlukan pembelanjaan sedikit. Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan seimbang, salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan anda ialah dengan cara mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan mineral. Ianya sangat penting untuk melawan penyakit dan vitamin juga boleh menggantikan sayur jika anda seorang yang bukan penggemar sayur.

6. Jangan Berlapar

Jangan cuba untuk tahan lapar. Ini kerana anda akan mengambil makanan yang lebih banyak kemudian. Bila terasa lapar, anda cuma perlu makan sahaja tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Kunyah secara perlahan supaya badan anda boleh hadam makanan dengan baik. Lebih baik jika dalam makanan anda ada elemen yang penting seperti karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein.



WOW! SOCAZ ada buat YEAR END SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Promosi Box Of Happiness
  • Handsock Cik Wania
  • Handsock Cik Wania Blink Blink 
  • Handsock Ainisha 2.0
  • Ecosock Package
  • Stokin Essential

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://verst.com.my/bae-beauty/tips-menjaga-kesihatan-dengan-mengamalkan-10-cara-paling-jimat-yang-anda-boleh-lakukan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping