Siapa je tak suka beli barang secara online. Lagilah senang , murah & cepat nak dapat. Tak salah untuk berbelanja tapi kena lah tepat dengan bajet. Meh, saya ajak cara nak beli barang dengan mudah. Antara tip syang korang boleh guna:
Masukkan barang dalam shopping cart (Add to cart)
Cara untuk jimatkan wang semasa membeli belah dalam talian ialah dengan meletakkan barangan di keranjang anda. Ia membolehkan peruncit tahu anda mempunyai minat untuk membeli. Apabila anda sengaja meninggalkan item di dalam troli anda selama beberapa hari, peruncit itu akan mula untuk panik. Daripada kehilangan jualan, mereka sering akan menghantar tawaran diskaun untuk membuat anda memuktamadkan pembelian anda.
Meninggalkan item di dalam keranjang anda juga merupakan cara yang baik untuk mengelakkan kehilangan wang yang lebih banyak. Selain itu, cara ini membolehkan anda semak harga sebelum dan selepas promosi. Ketika inilah ramai peniaga suka bermain dengan harga. Pastikan harga benar-benar turun sebelum membuat pembelian.
Gunakan kod kupon yang ada
Sebelum anda clik butang bayar, baik anda tengok dulu kod promo atau coupon yang ada. Mana tahu anda bolej jimat banyak duit. Banyak kod kupon dan tawaran menarik yang boleh anda gunakan. Terdapat banyak iklan promosi yang terpapar pada laman e-dagang.
Beli pada waktu yang sesuai
Kesilapan lain yang dibuat oleh orang ramai adalah membeli-belah pada masa yang salah. Adalah penting untuk mengetahui masa yang sesuai untuk membeli-belah dalam usaha menjimatkan wang. Masa terbaik untuk beli adalah waktu perayaan kerana banyak penjual tawarankan barang dengan harga murah sempena waktu perayaan. Cara ini lebih jimat
Beli pada lawan sesawang yang sah
Pernah tak korang beli kat lawan web yang bukan yang sah? Kalau pernah, baik korang beli barang kat lawan sesawang yang sah. Sebab ia dapat elakkan daripada beli barang tiruan atau lebeh teruk, scammer. Harga mungkin lebih mahal tapi diorang ada polisi yang baik seperti refund.
Baca review/ulasan
Rajinkan diri anda untuk baca review sebelum beli barang. Cara ini anda dapat tahu barang itu macam mana. Penyelidikan mengenai produk yang anda ingin beli adalah penting dan ia akan menjimatkan wang anda. Anda perlu mencari informasi mengenai produk yang anda ingin beli. Anda akan tahu anda mendapat tawaran terbaik.
Beli dari satu penjual sahaja
Ia adalah salah satu taktik pengguna yang paling bijak untuk melekat dengan satu pedagang untuk pelbagai jenis produk. Jika anda membeli banyak produk dari peruncit yang sama, anda akan cenderung untuk menyimpan wang dengan lebih banyak.
Oleh itu, ingatlah, jika anda membuat banyak pembelian sekaligus, cuba beli semua dari satu syarikat penjual. Ia juga membolehkan peruncit menghantar semua pembelian anda sekali gus dan anda boleh berjimat sampai beratus-ratus untuk kos penghantaran.
Beli barang secara online ada faedah, tapi ingatlah beli barang secara berpatutan. Jangan asyik beli je tapi tak pakai. Lagi teruk, banyak bazirkan duit dengan benda yang korang belum tentu nak pakai atau tak.
Hai, dah tengok BIG SALE kat SOCAZ?
Rugi korang tak beli sale ni
SOCAZ buat sale dengan Hot Item:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M
Sepasang je, beharga RM4.90 je
Boleh tambahkan wish card lagi, free of charge
Jangan lepaskan peluang ini, contact link ini untuk order:
www.socaz.my
Sumber:
https://www.gloviss.com/cara-untuk-jimatkan-wang-semasa-membeli-belah-dalam-talian/
https://www.everydayonsales.com/news/10-tips-penting-untuk-jimat-ketika-membeli-belah-atas-talian/