Wanita merupakan insan yang mempunyai naluri yang lembut dan sensitif. Kecenderungannya terhadap perkara-perkara romantik adalah tinggi. Meskipun tidak pernah meminta, namun wanita sentiasa mengharapkan sesuatu yang istimewa daripada pasangannya, tidak kira pada hari tertentu atau kejutan tanpa sengaja.
Pada zaman serba canggih sebegini, kita cuma perlu tekan pesanan di handphone sahaja memandangkan semuanya di hujung hari. Jika anda tak sempat nak cari hadiah untuk mereka yang tersayang, anda boleh scroll handphone dan cari surprise delivery planner. Tak perlu susah untuk mencari hadiah dan menghantarnya lagi. Mudah kan?
Okay jom kita ketahui 7 hadiah kejutan yang boleh diberikan kepada isteri tercinta
1) Bunga dan coklat
- Untuk pasangan suami isteri yang inginkan kelainan untuk sambutan ulang tahun perkahwinan ataupun hari lahir pasangan, boleh menghadiahkan bouquet bunga dan coklat. Banyak di pasaran coklat yang sedap dan mempunyai packaging yang menarik seperti ferero rocher, Cadbury, kitkat dan lain-lain. Maka, bolehla anda order daripada internet seller yang boleh menggubah bunga dan coklat seterusnya melakukan penghantaran kepada pasangan anda. Tentu sekali dia gembira dengan kejutan ini.
2) Bouquet duit
- Pastinya idea kali ini pasti akan membuat si penerima tidak lekang dari tersenyum bahagia. Duit dibentukkan seperti jambangan bunga ros dan dihiaskan agar Nampak eksklusif. Hmm, kalau tak dihiaskan pun duit dah Nampak sangat eksklusif kan? Dibentuk seperti jambangan bunga dan dihadiahkan kepada mereka yang tersayang.
3) Emas
- Emas dan wanita tidak boleh dipisahkan. Jika anda ada wang yang lebih, gunakan wang itu untuk membeli emas. Samada ia berbentuk rantai, gelang, ataupun cincin. Selagi ia emas, pasti ia akan membuatkan isteri anda tersenyum lebar.
4) Handbage / purse
- Handbag / purse merupakan antara barangan yang sentiasa digunakan seharian. Mungkin sudah tiba masanya isteri anda perlukan handbag yang baru. Perlu diingat, handbag pun mempunyai pelbagai jenis bentuk, jenama dan warna. Suami perlu memastikan ia memenuhi citarasa isteri.
5) Jam tangan
- Jam tangan adalah antara barangan yang bukan sahaja disukai oleh suami, bahkan juga para isteri. Ia juga adalah barangan yang biasa digunakan seharian. Menghadiahkan jam tangan akan menunjukkan kehangatan cinta kita kepada pasangan.
6) Minyak wangi
- Kaum hawa memang sukakan wangian dan haruman. Pilihlah wangian yang sesuai untuk isteri anda. Pastikan, wangian itu menepati minat pasangan anda. Biasanya, pilih wangian yang tidak terlalu kuat, dan bersifat lembut dan menyegarkan.
7) Telekung
- Sudah berapa lama isteri anda pakai telekung yang sama je setiap kali solat. Tahun 2021 ni, apa kata hadiahkan isteri anda telekung yang baru. Pasti si isteri ceria dengan hadiah ini. Terdapat pelbagai jenama telekung di Malaysia ini. Untuk isteri anda apa kata belikan telekung yang premium dengan sulaman yang tampak berseri, kemas dan 'elegant'. Dengan isteri apa salahnya belikan telekung mahal. hehe
7 jenis hadiah ini adalah idea yang mungkin boleh membantu anda memikirkan hadiah yang sesuai buat isteri tercinta. Semoga perkongsian daripada saya dapat membantu dan memudahkan urusan anda dalam mencari hadiah. Selamat mencuba !
Hadiah dan kejutan bukanlah kayu ukur tentang nilai cinta dalam sesebuah hubungan, namun ia juga penting dalam memupuk keindahan dalam hubungan.
Sumber
https://www.getrunner.my/2021/02/27/5-idea-untuk-suprise-delivery/
https://www.mohamadhafiz.com/10-hadiah-hari-jadi-paling-popular-yang-isteri-pasti-suka/
https://duitcara.blogspot.com/2019/02/7-hadiah-terbaik-untuk-isteri-sempena.html