Seni mempertahankan diri atau seni bela diri amat terkenal dan sangat penting bagi setiap individu untuk mempunyai kemahiran untuk mempertahankan diri. Tidak kira remaja atau dewasa, setiap individu amat digalakkan untuk mempunyai ilmu tersebut kerana dengan keadaan jenayah yang semakin meningkat ini kita perlu membuat persediaan untuk diri sendiri agar dapat terhindar daripada perkara yang tidak diingin berlaku kepada kita.
Berikut merupakan seni mempertahankan diri yang sangat digeruni di dunia:
1. Silat
Silat merupakan seni bela diri rumpun Melayu yang terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Bruner, Selatan Filipina dan Selatan Thailand. Sehingga kini, terdapat hampir 500 jenis aliran silat yang diamalkan di Malaysia.
2. Tomoi
Tomoi atau Muay Thai adalah seni bela diri yang terkenal di negara gajah putih iaitu di Thailand. Seni bela diri yang kebiasaannya menggunakan kekuatan siku dan lutut sebagai senjata utama menjadikan tomoi sangat unik.
3. Taekwondo
Kerbanggaan orang Korea yang ditambah baik pada 1940 dan 1950. Menggunakan simbol 'payung', sewaktu penaklukan Jepun keatas Korea, seni bela diri ini diharamkan.
4. Karate
Dibangunkan di Pulau Ryukyu, Jepun. Seni bela diri ini banyak dipengaruhi gaya Kung Fu dari China. Sempena pertukaran budaya yang berlaku antara China dan Jepun ia secara sistematik di ajar di Jepun semasa era Taisho. Jepun mengubah nama kepada Karate dan memasukkan elemen-elemen Jepun untuk mengidentitikan martial arts tersebut.
5. Kung Fu
Kung Fu merupakan martial arts yang berasal dari China. Orang Cina memanggilnya 'gong fu' Kewujudan Shaolin kungfu berkait rapat dengan institusi pertama yang wujud di China dan ia merupakan satu-satunya bukti peninggalan askar Shaolin dalam peperangan.
6. Judo
Judo telah dimodenkan dan menjadi antara acara dalam Olimpik. Objektifnya mudah untuk menumbangkan pihak lawan atau menjatuhkan pihak lawan ke tanah. Judo diambil dari perkataan Jujutsu yang membawa maksud 'hasil jalan kelembutan'.
7. Wushu
Wushu merupakan sambungan daripada Kung Fu yang terlahir dari negara matahari terbit ini. 'Wu' merupakan dari 2 karektor bahasa cina yang bernama 'Zhi' yang membawa maksud 'berhenti' dan 'Ge' merupakan satu senjata purba China. Jadi secara tidak langsung, pengalaman Wushu adalah bertujuan untuk menghentikan konflik dan mengembangkan keamanan sambil mempertahankan nilai tinggi budaya seni mempertahankan diri.
8. Kendo
Kendo merupakan seni mempertahankan diri moden bagi negara Jepun yang membawa maksud 'laluan pedang'. Menggunakan batang tebu sebagai perisai kini ia diamalkan di pelbagai negara seluruh dunia.
9. Aikido
Berbeza daripada Kendo, Aikido banyak dipengaruhi oleh falsafah dan juga kepercayaan. Mempercayai pada penyatuan tenaga. Wujudkan seni mempertahankan diri ini adalah lebih kepada membela diri serta mengelakkan penyerang dari mendapat kecederaan.
10. Kalaripayat
Asalnya dari Kerala dan merupakan salah satu dari sistem serangan yang tertua wujud di dunia. Kini ia banyak diamalkan di Tamil Nadu dan juga komuniti kecil di Malaysia yang berketurunan Malayali. Antara gerakan adalah serangan, sepakan, pergelutan, senjata yang disatukan dalam tarian kerala.
11. Silambam
Berlainan dengan Kalaripayat, Silambam menggunakan senjata. Tradisinya diamalkan oleh masyarakat Tamil, Silambam merujuk pada perkataan Silam yang membawa maksud 'bukit' dan kannada membawa maksud 'tebu'. Antara teknik terkenal adalah nagam-16 (ular-16), Kallapathu (10 pencuri), Kidamuttu (sampukan kepala kambing), kuravanchi, kalyanavarisai, thulukkanam.
12. Capoeira
Capoeira merupakan seni mempertahankan diri di Brazil, ia menggabungkan tiga elemen iaitu tarian, akrobatik dan juga muzik. Capoeira dikenali dengan kepantasan, gerakan yang kompleks yang kesemuanya menggunakan tenaga yang kuat, kuasa pecutan yang disamar dalam tarian. Pada tahun 2014, ia diiktiraf sebagai salah satu seni warisan tak ketara oleh UNESCO.
Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Stokin Soka Alien M
- Kanik Alien Tapak Hitam M
- Stokin Soka Original New Edition
Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
www.socaz.my
Sumber: