Tahu ke tak tahu bahawasanya bangun seawal 4.30 pagi mempunyai banyak kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri. Bukan agama Islam je yang menyuruh penganutnya bangun awal pagi malah mereka yang beragama lain pun sama. Jom semak 10 kebaikan bangun awal pagi sebelum matahari terbit;
1. Kajian oleh University Texas pada tahun 2008 telah menunjukkan, pelajar yang bangun awal pagi memperolehi gred CGPA yang lebih tinggi berbanding pelajar yang suka berjaga malam dan bangun lewat pagi.
2. Cristoph Randler, seorang pakar Biologi dari Harvard telah menemui bahawa mereka yang mempunyai tabiat bangun awal adalah lebih proaktif. Mereka ini mempunyai impian dan matlamat jangka masa panjang dan berusaha gigih untuk mencapai segala yang diimpikan.
3. Kajian dari Randler juga menunjukkan, mereka yang mengamalkan tabiat bangun awal pagi berupaya menangani masalah dengan lebih efisien. Biasanya mereka ini lebih berjaya dalam dunia bisnes.
4. Perancang masa yang lebih baik. Mereka mempunyai banyak masa yang sunyi sepi untuk menetapkan matlamat hidup, organisasi dan rancangan sepanjang hari dan minggu.
5. Mempunyai lebih banyak masa untuk bersenam. Senaman yang konsisten mampu meningkatkan tenaga, mood yang baik, kecergasan dan membantu tidur waktu malam yang lebih lena.
6. Pakar mengatakan, mereka yang mempunyai tabiat tidur awal dan bangun awal pagi mempunyai ritma alam semulajadi yang seimbang. Ini membantu waktu tidur yang berkualiti.
7. Mereka yang mempunyak tabiat bangun awal pagi lebih gembira, optimis, positif, rajin dan teratur.Mereka yang sering tidur lewat malam dan bangun lewat pagi mudah mendapat tekanan dan pesimis (berfikiran negatif). Kajian dari Jerman pada tahun 2013 telah menemui hubungan rapat antara tekanan mental dan tabiat tidur lewat malam.
8. Dapat mengelakkan kesesakan ketika menggunakan pengangkutan awam dan lalulintas dengan kata lain dapat mengelak dari terburu-buru mengejar masa.
9. Cenderung untuk mengambil sarapan yang lebih sihat dan mempunyai bentuk tubuh yang lebih menawan. Kajian dari University Northwestern pada tahun 2011, mereka yang sering tidur lewat malam cenderung mengambil sebanyak 248 lebih banyak kalori dalam sehari dan mempunyai purata BMI yang lebih tinggi 2 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal pagi.
10. Bangun awal pagi membolehkan kita menjalankan ibadah seperti solat sunat fajar, solat sunar tahajjud dan berzikir sebelum menunaikan solat fardhu subuh. Ketika inilah Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki, memakbulkan doa-doa mereka yang berdoa dan memberi dorongan dan kekuatan kepada jiwa hamba-hambaNya.
Kesimpulannya, tak rugi pun waktu tidur tu jika kita bangun tidur awal pagi sebelum matahari terbit. Waktu pagi juga adalah waktu dimana aliran darah dan minda kita berada dalam keadaan paling rileks, degupan jantung paling stabil dan otak paling cerdas. Tabiat ini bukan saja bagus untuk mereka yang berniaga je, pelajar dan pekerja makan gaji pun sepatutnya turut mengamalkan tabiat bangun awal pagi setiap hari bagi mendapatkan hidup yang lebih berkualiti bebas dari tekanan.
Sumber:
https://www.dasabdulglobal.com/10-kebaikan-tabiat-bangun-awal-pagi-sebelum-matahari-terbit/