icon-search

Kebaikan Media Sosial

Kebaikan Media Sosial

Media sosial merupakan laman web dan alat Internet yang membolehkan perkongsian kandungan, gambar, video, pautan, dan pendapat antara pengguna. Laman media sosial pada mulanya dibuat sebagai cara untuk berhubung dengan rakan yang telah lama hilang, atau hanya mengikuti apa yang dilakukan oleh rakan dalam talian anda dalam kehidupan seharian mereka. Sejak awal itu media sosial telah berkembang menjadi teknologi berasaskan komputer yang tidak hanya membantu membina komuniti, tetapi juga memudahkan perkongsian idea dan pendapat.

 Apakah antara kebaikan Media Sosial?

1. Dapat menambah kenalan yang baru.

Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain.

2. Dapat mengisi masa lapang.

Ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.

3. Kemudahan untuk menyebarkan maklumat.

Kebaikan medial sosial ialah kemudahan untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

4. Perkongsian maklumat dan ilmu.

Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu.


Semoga bermanfaat   

 

WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-media-sosial/
https://ecommerce-platforms.com/ms/glossary/social-media



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping