Kebanyakan antara kita tidak menyedari bahawa puasa sebenarnya banyak memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Kebanyakan daripada kita berpuasa kerana tuntutan agama dan ada yang berpuasa atas tujuan ingin tampak lebih ramping dan anggun. Apapun niat anda, ketahuilah bahawa berpuasa mampu menyihatkan tubuh badan anda.
1. Puasa Memperbaiki Komposisi dan Kecergasan Badan
Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, ada di antara kita yang berpuasa kerana berminat akan kesan puasa terhadap tisu lemak di badan dan pengurangan berat badan secara keseluruhan. Berpuasa menyumbang kepada komposisi badan yang lebih baik melalui pelbagai cara, terutamanya melalui tindakan hormon dan metabolisma lemak.
2. Puasa Meningkatkan Tahap Kekenyangan Walaupun Makan Sedikit
Tisu lemak anda berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin, menghasilkan beberapa jenis hormon. Salah satu daripadanya adalah leptin, yang memberi kesan kepada tahap kekenyangan anda. Dengan berpuasa, tahap leptin dalam badan menurun pada peringkat awal, namun apabila berat anda turut menurun, rintangan terhadap leptin juga kekurangan. Menjadi lebih responsif kepada leptin meningkatkan tahap kekenyangan anda.
3. Puasa Mengurangkan Keradangan
Keradangan boleh disebabkan oleh banyak faktor, salah satu daripadanya adalah diet yang tidak sihat, yang mempunyai banyak free radicals. Makanan yang mengandungi gula halus, karbohidrat halus, alkohol, daging, tenusu dan makanan bergoreng boleh menyebabkan keradangan. Reaksi metabolik juga turut boleh menyebabkan keradangan. Berpuasa mengurangkan kerangan melalui keseimbangan hormon yang lebih baik. Beberapa kajian menunjukkan bahawa tahap insulin yang lebih rendah serta sensitiviti insulin yang lenih baik mengurangkan stress oksidatif yang berpunca daripada free radicals.
4. Puasa Menyokong Pembakaran Lemak dan Ketosis
Ketosis, atau keadaan di mana lemak terbakar, tercapai sama ada melalui berpuasa atau pengambilan makanan berdiet seperti lemak sihat. Ketosis membantu membakar simpanan lemak pada organ seperti hati dan buah pinggang. Lemak berlebihan pada organ-organ utama ini berupaya menganggu fungsi organ berkenaan.
Berpuasa mampu mencapai ketosis lebih cepat berbanding pengurangan pengambilan makanan berkalori. Satu kajian mendapati bahawa berpuasa meningkatkan metabolisma badan manusia secara mendadak.
5. Puasa Menambahbaik Kesihatan Kardiovaskular
Berpuasa mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan kardiovaskular, teruatamanya kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan sindrom metabolisma. Berpuasa memperbaiki fungsi kardiovaskular, komposisi darah dan tekanan darah. Berpuasa turut baik untuk mereka yang menghidapi type 2 diabetes (kencing manis) dan kolestrol tinggi.
Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!
Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber di petik dari:
https://iluminasi.com/bm/10-manfaat-berpuasa-untuk-kesihatan-manusia.html