icon-search

Kelebihan Berpuasa

Kelebihan Berpuasa

Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Ianya wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Terdapat banyak hikmah yang boleh kita dapat daripada berpuasa selain daripada menahan diri daripada lapar dan dahaga.

Dari sudut pandangan Islam antara hikmah yang boleh kita dapat adalah mengelakan diri daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar. Namun, ada juga orang bukan Islam yang suka berpuasa di bulan Ramadan kerana apa? Kerana banyak kelebihannya. Antaranya:

1. Mengurangkan Berat Badan
Ramai antara kita bukan sahaja perempuan malah juga lelaki memilih bulan ini untuk mengurangkan berat badan. Kerana ianya lebih mudah tidak perlu makan tengah hari dan sarapan yang berat. Tetapi berbuka juga harus seimbang!

2. Kurangkan Gula Dalam Darah
Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.

3. Kolestrol
Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa

4. Kurangkan Tekanan Darah
Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention

5. Ubah Gaya Hidup
Bulan puasa adalah masa yang sesuai untuk mengubah tabiat buruk seperti merokok, makan berlebihan dan sebagainya. Bulan puasa juga adalah masa yang sangat sesuai untuk melatih diri daripada berhenti merokok.

6. Rehat
Badan juga perlukan rehat. Ini penting. Kehidupan sekarang yang segalanya memaksa kita sibuk dan tak hiraukan kesihatan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Gunakan bulan puasa sebaiknya untuk merehatkan badan dari aktiviti fizikal dan minda yang terlalu berat.

7. Ingatan Lebih Kuat
Ketika usus dan perut melakukan proses pencernaan, otak tidak mampu berfungsi dengan baik kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Ketika puasa tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Sebab itu otak akan berfungsi lebih baik dan sangat sesuai belajar ketika berpuasa.

8. Mengurangkan Segala Penyakit Perut
“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang boleh menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut” menurut seorang doktor dari Amerika, Dr. Mac Fadon.

9. Membuang Segala Toksik
Ketika berpuasa perut akan mengeluarkan segala bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan dari proses detoksifikasi. Banyak toksik yang kita dapat melalui pemakanan yang tidak seimbang. Jadi bulan puasa inilah masa yang sesuai untuk membuang toksik secara semula jadi.

10. Kawal Stress
Bulan puasa ini adalah bulan di mana kita lebih fokuskan kepada perkara akhirat. Banyakan zikir, solat dan sedekah untuk hati dan jiwa yang lebih tenang selain dapat mengurangkan stress mengenai duniawi.


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://www.alaf21.com.my/info-artikel/436/10-kelebihan-puasa-dari-susdut-kesihatan



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping