icon-search

Mainan yang Sesuai Untuk Pembesaran Kanak-kanak

Mainan yang Sesuai Untuk Pembesaran Kanak-kanak

Sebagai ibu bapa, sebenarnya kita boleh menjadikan mainan sebagai alat untuk mengasah kemahiran anak-anak di samping meneroka bakat terpendam mereka. Permainan yang baik bukan sekadar menyeronokkan, tetapi ia juga mampu memberi manfaat sepanjang hayat serta mengukir memori indah.

Memilih mainan yang baik tak semestinya mahal dan baru. Ada juga permainan murah dan klasik yang masih relevan serta tetap mempunyai nilai tertentu – melebihi daripada apa yang kita fikirkan.

Salah seorang Pakar Pendidikan di The Goddard School Educational Advisory, Lee Scott berpendapat bahawa mainan sebeginilah yang membuatkan anak-anak lebih kreatif, belajar menggunakan kemahiran sambil bermain, dan paling penting – dapat turut berseronok. Permainan yang baik juga bukan sekadar cantik dipamerkan sebagai perhiasan, malah tidak akan ‘terperam’ lama di dalam kotak mainan anak-anak.

1. BLOK BINAAN

Blok binaan adalah sumber inovasi yang mampu mengembangkan kemahiran kejuruteraan dan pemikiran kritikal. Tidak kiralah sama ada blok binaan kayu atau blok yang boleh dicantum-cantumkan seperti Lego, kedua-duanya memberi ruang yang luas untuk si kecil berimaginasi.

2. BOARD GAMES

Board Games atau permainan papan seperti dam haji, ular tangga, Monopoly atau yang lebih moden seperti UNO adalah permainan yang sangat menghiburkan. Lagi ramai yang main, lagi meriah dibuatnya.

Apa yang mungkin kita tak perasan, permainan ini sebenarnya menggalakkan anak-anak belajar menunggu giliran, mengira, dan memperkayakan kosa kata. Permainan seperti ini juga membantu anak belajar berkomunikasi serta berunding dengan baik dalam kumpulan. Biasalah, kalau main macam ni mesti ada drama!

3. PUZZLE

Bagi ibu bapa yang inginkan sedikit quiet time, permainan seperti puzzle adalah pilihan yang terbaik. Di samping mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah, puzzle juga boleh membina konsentrasi serta membantu pembentukan self-regulation.

Seeloknya mainkan puzzle yang ‘sebenar’ dan bukannya yang maya di dalam table atau Ipad. Ini kerana, kemahiran motor halus anak-anak juga boleh dipertingkatkan.

4. BOLA

Kita semua tahu betapa kanak-kanak zaman sekarang perlu lebih banyak bergerak dan menghirup udara luar. Jadi, jangan bosan membelikan anak bola. Ada banyak jenis dan saiz bola yang boleh dibeli dan dimainkan bersama.

Anak kecil boleh berlatih menendang, melempar, melantunkan bola, dan menangkapnya. Semua ini sangat baik untuk perkembangan fizikal mereka.

5. TALI SKIPPING

Sama seperti bola, tali skipping juga akan memberi banyak manfaat kepada kesihatan serta perkembangan fizikal anak-anak. Selain itu, mereka juga dapat belajar mengimbangkan badan dan meningkatkan lagi kemahiran motor kasar.

Kalau dulu-dulu kita main lompat getah saja. Memang seronok dan lebih mencabar sebab ada banyak level nak kena lepas. Siap ada lagu atau sebutan juga yang perlu kita sebut masa nak lompat tu, kan?

Sumber:
https://siraplimau.com/mainan-terbaik-untuk-anak-anda/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping