icon-search

Manfaat Kurma Menurut Sains

Manfaat Kurma Menurut Sains

Terdapat pelbagai khasiat kurma untuk kesihatan. Oleh sebab itulah kurma cukup terkenal di Timur Tengah sejak ribuan tahun lagi dan merupakan salah satu buah yang kerap disebut di dalam Al- Quran. Untuk lebih spesifik, kurma telah disebut 26 kali di dalam Al-Quran. 

Pada bulan Ramadan, buah kurma boleh dikatakan adalah antara juadah wajib ketika waktu berbuka puasa. Malah, berbuka puasa dengan kurma juga adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. 

"Menurut kajian, terdapat lebih daripada 15% keperluan harian mineral penting seperti potasium, magnesium dan selenium dapat dipenuhi dengan mengambil kira-kira 4 biji kurma setiap hari."

Kurma juga mengandungi vitamin penting seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B6, niacin, thiamin, riboflavin dan folate. Selain itu, kurma kaya dengan kandungan serat dan antioksidan yang bagus untuk kesihatan.

Menarik bukan? Terdapat banyak lagi khasiat kurma untuk kesihatan yang telah terbukti melalui kajian-kajian sains perubatan. Jom kita lihat apa lagi khasiat-khasiat yang terkandung di dalam kurma.

1. Sumber Nutrisi dan Tenaga yang Terbaik

Sebiji buah kurma mempunyai lebih daripada 50% gula dan mengandungi jumlah serat yang tinggi. Ini menjadikan kurma sangat ideal sebagai pembekal tenaga untuk satu jangka masa yang panjang.

Seperti yang dinyatakan, kurma adalah salah satu pembekal tenaga yang baik. Ini disebabkan kurma mempunyai kandungan gula semula jadi yang tinggi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa.

Jika sering merasa lesu atau letih, anda boleh menjadikan kurma sebagai energy booster untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam badan dengan cepat.

Oleh sebab itulah, kita disarankan untuk berbuka puasa dengan kurma untuk mengembalikan semula tenaga dengan cepat setelah seharian menahan lapar dan dahaga.

2. Boleh Meningkatkan Kesihatan Otak

Menurut kajian yang diketuai oleh Dr. Musthafa Mohamed Essa menunjukkan bahawa khasiat kurma dapat melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan keradangan.

Terdapat satu lagi penyelidikan mengenai kurma yang membuktikan bahawa kurma adalah merupakan sumber serat makanan yang baik serta kaya dengan total fenolik dan antioksidan semula jadi seperti anthocyanins, ferulic acid, protocatechuic acid dan caffeic acid.

Kehadiran sebatian polifenolik ini berpotensi membantu memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer dan demensia.

3. Membantu Melegakan Sembelit dan Cirit Birit

Menurut kajian, makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi sangat berkhasiat untuk melancarkan pergerakan usus dan memastikan perjalanan makanan yang selesa melalui saluran usus.

Pengambilan kurma juga boleh membantu dan melegakan masalah sembelit. Ini disebabkan kurma mempunyai kandungan serat tidak larut dan asid amino yang bermanfaat untuk merangsang sistem pencernaan. 

Melalui artikel yang diterbitkan oleh Columbia University Medical Center ada mengatakan bahawa makanan yang kaya dengan potassium seperti kurma boleh membantu menggantikan dan mengisi kembali elektrolit yang mungkin anda hilang disebabkan cirit-birit kronik.

Bagaimana untuk menyediakan pes kurma untuk melegakan masalah sembelit atau cirit-birit?

Cara-caranya mudah sahaja.

  • Ambil beberapa biji buah kurma kering dan rendam semalaman di dalam air.
  • Setelah lembut, masukkan kurma dan sedikit air ke dalam food processor.
  • Kemudian pes kurma tersebut boleh dijadikan ubat sembelit dan cirit-birit

4. Membantu Mengatasi Anemia

Anemia adalah keadaan di mana anda kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen yang mencukupi ke tisu badan.

Jika anda mengalami anemia, tubuh badan akan merasa letih dan lemah. Selain itu, anemia juga boleh menyebabkan sesak nafas.

Justeru dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti kurma mampu membantu pembentukan sel darah merah yang bermutu dan seterusnya melegakan gejala anemia.

Antara tanda-tanda lain kekurangan darah adalah seperti berikut:

  • Pening kepala
  • Cepat dan mudah marah
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Kulit pucat
  • Lidah merasa pedih
  • Degupan jantung yang cepat


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://cariblogger.com/khasiat-kurma/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping