Bagi ibu yang sedang hamil, terdapat pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan kesihatan si ibu termasuklah mengikuti petua tradisional. Golongan suami juga perlu mengambil tahu akan hal ini supaya sama-sama dapat memudahkan urusan isteri mereka yang sedang hamil ini.
Penggunaan minyak kelapa sering juga dikaitkan dengan manfaat kesihatan ibu hamil. Menariknya, semakin banyak kajian dilakukan bagi membuktikan manfaat minyak kelapa untuk ibu hamil. Ikuti artikel ini untuk lebih mengetahui berkenaan manfaat minyak kelapa untuk ibu hamil.
1. Menurunkan Kandungan Gula dalam Darah
Bagi ibu yang sedang hamil, kawalan gula dalam darah perlulah sentiasa dalam keadaan terkawal dan dipantau. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan si ibu mendapat penyakit diabetes atau kencing manis semasa kehamilan. Kandungan juga berisiko tinggi untuk dilahirkan dan diteruskan kehamilan jika si ibu mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Diet pemakanan minyak kelapa boleh dijadikan salah satu alternatif bagi menurunkan kandungan gula dalam darah ibu hamil. Kajian lepas melaporkan potensi dan manfaat kesihatan minyak kelapa dalam mengurangkan kandungan gula dalam darah ibu hamil, Kajian tersebut membandingkan pengambilan minyak kelapa dengan minyak bunga matahari yang menyimpulkan bahawa minyak kelapa adalah lebih bagus untuk tujuan kawalan gula dalam darah ini.
2. Mengurangkan Kandungan Lemak
Penggunaan minyak kelapa berbanding sumber lemak lain menunjukkan manfaat kesihatan yang baik, terutamanya bagi golongan ibu hamil. Kajian sekumpulan saintis dari Universiti Malaya pada tahun 2017 melaporkan perubahan profil lemak yang positif bagi subjek kajian tikus makmal adalah sedang hamil.
Model haiwan ini boleh digunakan untuk memadankan manfaat minyak kelapa ke atas golongan ibu hamil apabila metabolisma lemak dalam subjek tikus yang hamil ini didapati semakin aktif. Hal ini berpunca daripada kehadiran asid lemak rantaian medium yang terdapat dalam minyak kelapa. Tambahan pula, hal ini sebenarnya membantu ibu yang sedang hamil ini untuk menurunkan berat badan setelah melahirkan anak apabila asid lemak tersebut membantu metabolism tubuh yang lebih tinggi semasa proses penyusuan anak.
3. Penggunaan Minyak Kelapa sebagai Ubatan Herba
Kajian Universiti Malaya tersebut turut mengulas mengenai penggunaan minyak kelapa dara yang meluas dalam kalangan ibu hamil di rantau Asia Tenggara. Hal ini disebabkan penanaman pokok kelapa yang meluas yang menjadikan produk berasaskan kelapa seperti minyak kelapa adalah banyak dan mudah diperolehi.
Penggunaannya sebagai ubatan herba dapat dilihat dalam kalangan 61-63.9% ibu hamil di rantau ini. Kajian berkenaan melaporkan bahawa penggunaan minyak kelapa ini telah membantu ibu hamil mudah bersalin dan mencegah kecacatan pada kandungan atau masalah sewaktu kelahiran.
4. Minyak Kelapa Sebagai Analgesik
Minyak kelapa juga dipercayai diamalkan secara meluas oleh ibu hamil kerana sifatnya yang analgesik atau tahan sakit. Amalan diet minyak kelapa yang berterusan sepanjang tempoh hamil dijadikan sebagai petua buat ibu hamil yang dikatakan boleh memberikan kesan tahan sakit apabila tiba waktu bersalin. Namun, kesahihan dakwaan ini belum dapat dibuktikan lagi secara perubatan.
5. Sifat Anti Kulat Minyak Kelapa
Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Universiti Andalas di Sumatera Barat tahun 2021 telah menerbitkan kajian manfaat penggunaan minyak kelapa dara ke atas rawatan anti kulat di kawasan kemaluan ibu yang hamil.
Salah satu keadaan kesihatan yang mengganggu ibu hamil ialah jangkitan koloni Candida albicans pada kawasan peranakan ibu yang sedang hamil. Masalah ini banyak ditemui ketika trimester ketiga berbanding wanita yang tidak hamil. Oleh itu, kajian tersebut melihat kesan pengambilan minyak kelapa dara melalui diet makanan dan sapuan pada kawasan yang dijangkitim dalam kalangan 36 pesakit ibu hamil yang dirawat di hospital Padang.
Terdapat perubahan ketara yang signifikan dalam kumpulan subjek yang menggunakan minyak kelapa dalam diet dan sapuan fizikal.
Kesimpulannya, Antara manfaat kesihatan minyak kelapa untuk ibu hamil ialah menurunkan kandungan gula dalam darah, mengurangkan kandungan lemak, penggunaan minyak kelapa sebagai ubatan herba, minyak kelapa sebagai analgesik, dan sifat anti kulat minyak kelapa. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi kajian menyeluruh yang perlu dijalankan bagi benar-benar menyakini bahawa minyak kelapa adalah sangat bagus bagi ibu yang hamil. Terdapat kajian lepas yang menggunakan model tikus hamil yang melaporkan penyusutan berat tikus hamil yang diberi diet minyak kelapa.
Ringkasnya, penggunaan minyak kelapa ini perlu dilakukan secara sederhana dan dilakukan berdasarkan saranan dan rundingan dengan doktor perubatan yang bertauliah. Sesungguhnya kesihatan ibu yang hamil sangat perlu dijaga supaya kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan dapat menjalani perjalanan kehamilan dengan sempurna.
Jualan dengan hottest item sahaja:
- Promosi Box Of Happiness
- Handsock Cik Wania
- Handsock Cik Wania Blink Blink
- Handsock Ainisha 2.0
- Ecosock Package
- Stokin Essential
Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!
Contect number di bawah untuk order:
Sumber:
https://bidadari.my/manfaat-minyak-kelapa-untuk-ibu-hamil/