icon-search

Mengapa kita kerap pening kepala?

Mengapa kita kerap pening kepala?

Assalamualaikum semua. Kalini kita nak cerita tentang sakit kepala pula. Kenapa agaknya sakit kepala ni selalu menyerang kita secara tiba-tiba. Antara punca seseorang itu boleh diserang sakit kepala adalah apabila;

1. Tidak makan sehingga menyebabkan perut kosong

2. Tidak bertenaga dan tidak mengambil makanan mengandungi gula.

3. Makan dengan gelojoh dan tidak dihadam sempurna.

4. Kerap mengambil minuman bergas atau berkafein.

5. Tekanan di tempat kerja atau belajar.

6. Kurang tidur malam.

7. Tekanan darah tinggi.

8. Menggunakan gajet seperti komputer dan telefon bimbit dalam tempoh panjang.

9. Sinus, demam atau selesema.

10. Alahan terhadap persekitaran, bau dan cuaca.

11. Ketidakstabilan hormon dan tanda awal haid.

12. Tanda-tanda awal mengandung.


Perlu kita tahu bahawa terdapat perbezaan di antara migrain, sakit kepala tegang dan sakit kepala kluster. Apakah perbezaannya itu?

1. Migrain

Punca sakit kepala ini terjadi akibat tekanan atau pembengkakan otak dan saraf sehingga menyebabkan sakit kepala sentiasa dirasai. 

2. Sakit Kepala Tegang

Jenis sakit kepala yang sering dihidapi oleh setiap orang. Ia berpunca dari tekanan fizikal akibat postur badan yang salah, tekanan pada otot belakang badan, bahu dan leher sehingga merebak ke kepala. 

Tekanan emosi pula ada kaitan dengan hormon adrenalin.        

Rawatan yang popular bagi sakit kepala jenis ini adalah rawatan fisioterapi kerana ahli-ahli terapi akan mengenalpasti dengan sebaiknya apakah punca yang menyebabkan sakit kepala terjadi.

3. Sakit Kepala Kluster

Sakit kepada ini sering menyerang lelaki dalam usia 20 ke 40 tahun dan disifatkan sebagai paling parah dan menyakitkan.

Punca sebenarnya masih belum diketahui namun antara ciri-cirinya adalah sakit berdenyut di sebelah kepala dan boleh dirasai di belakang dan sekitar mata, boleh merebak sehingga ke dahi, hidung dan pipi.

__________________________________________________

Oleh itu, hendaklah kita untuk menjaga pemakanan, menjaga waktu tidur, menjaga emosi dan kesihatan agar perkara-perkara ini dapat dielakkan. 


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Surprise Box by SOCAZ

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


Sumber:

https://physiomobile.my/punca-sakit-kepala/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping