icon-search

Perkara yang perlu dilakukan sebelum menyambut hari raya Aidilfitri

Perkara yang perlu dilakukan sebelum menyambut hari raya Aidilfitri

Hari Raya AidilFitri adalah perayaan yang ditunggu-tunggu. Ini kerana Ketika inilah saudara mara berkunjung menziarahi satu sama lain. Walaubagaimanapun, sambutan raya ini dirasai pada malam raya dengan segala persiapan yang dilakukan, tidak kira beraya dikampung ataupun bandar. 

Cara sambutan yang berlainan itu membuatkan sambutan raya itu lebih meriah. Pelbagai perkara dilakukan sehari sebelum tibanya Syawal, mari kita lihat apa aktiviti yang sering dilakukan oleh setiap orang untuk menyambut hari raya Aidilfitri.


Aktiviti sehari sebelum raya aidilfitri


1. Cuci mata di bazaar Ramadhan

Selain membeli juadah berbuka puasa di hari terakhir puasa, ada juga yang berkunjung ke bazaar untuk mencari juadah raya seperti lemang dan dodol. Ini juga kerana sesetengah tidak mampu membuat lemang dan dodol dengan sendiri maka mereka akan membeli yang sudah siap dijual.



2. Membeli -belah disaat akhir 

Kebiasaan Ketika ini, pasti kaum wanita yang sering merasakan ada perkara atau barang yang masih tidak cukup. Selian itu, pastinya ada juga yang menggunakan peluang akhir ini untuk membeli pakaian raya dengan alasan memberi di malam raya lebih memberi feel raya itu. Tetapi Ketika ini jugalah banyak diskaun yang dibuat oleh butik-butik pakain.



3. Masak hidangan raya 

Kebiasaan aktiviti yang dilakukan ketika ini ialah memasak juadah hidangan raya seperti memasak rendang, ketupat dan pelbagai lagi. Waktu ini jugalah boleh kita lihat semua ahli keluarga berkumpul menolong Bersama. Semakin besar keluarga semakin banyak juadah yang disediakan. 


4. Membersihkan halaman rumah 

Selain dalaman rumah yang perlu bersih, kawasan halaman rumah juga perlulah bersih selari dengan dalaman rumah. Bagi yang pulang ke kampung, masa ini jugalah akan menjadi satu momen kerana pastinya ahli keluarga akan bersatu bersama membersihkan kawasan rumah, manakan tidak selalunya rumah kampung pasti mempunyai kawasan halaman besar.


5. Memasang langsir baru dan menghias dalaman rumah 

Ketika waktu ini jugalah boleh kita saksikan kesungguhan kaum bapa ataupun anak-anak lelaki di mana mereka dikerah oleh ibu untuk menukar langsir kepada yang baru. Bagi k


aum ibu pula, ada yang menggunakan waktu ini untuk menghias dalaman rumah mereka terutamanya di Kawasan ruang tamu dan ruang makan. 


6. Gosok baju raya 

Aktiviti inilah yang paling digemari, ibu-ibu semestinya penat Ketika ini kerana perlu menggosok baju dari baju bapa sehinggalah baju anak-anak. Bayangkan sahajalah kalau seorang anak ada 2 pasang baju dan anda ada 3 orang anak. Tak ke 6 pasang baju kena gosok. Belum masuk lagi yang dikampung dimana perlu berkongsi iron. Mahu sampai 3,4 pagi baru siap semuanya. 


7. Masukkan kuih raya dalam balang

Setelah selesai memasak juadah untuk raya, tiba masa untuk masukkan biskut raya dalam balang. Ketika ini juga pasti ada yang songlap ( mencuri ) terlebih dahulu 2,3 biji biskut raya sambil memasukkan biskut itu. Kanak-kanak adalah yang paling suka melakukan perkara ini, juga kaum ibu mula membersihkan dan menyusun pinggan mangkuk yang hendak dihidangkan pada hari raya.  



8. Bermain mercun dan bunga api

Kemeriahan malam raya lebih dirasai dengan dentuman mercun dan nyalaan bunga api yang dimain Ketika ini. Bukan sahaja kanak-kanak yang bermain malah kaum bapa dan mereka yang dewasa pun pasti akan main Bersama. Pasti bingit tetapi itulah yang akan memeriahkan lagi suasana malam raya.


9. Masukkan duit raya dalam sampul 

Masukkan duit raya ini paling disukai oleh semua terutamanya kanak kanak. Bila cakap je pasal duit raya pasti mereka yang paling teruja. Bagi sesetengah orang duit raya diasingkan awal awal mengikut umur untuk agihan yang akan dilakukan keesokannya.


10. Takbir raya

Ini adalah perkara wajib yang perlu dilakukan pada malam raya. Tanpa takbir raya tidak akan rasa seperti mahu beraya. Takbir raya juga dilaungkan bagi mengagungkan Allah SWT dan juga sebagai tanda memanjatkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan-Nya.




WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://siraplimau.com/10-aktiviti-yang-wajib-dilakukan-sehari-sebelum-sambut-hari-raya-aidilfitri/




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping